MEDIA RAKYAT

Tuesday, February 21, 2012

MAJLIS SYURA TERTIPU... Perjumpaan mengaburi mata rakyat dan lakonan politik semata - mata

Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal," kata beliau.

Nik Abdul Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
****************************************************************************************************************************************


Pertemuan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sebelum ini disebut-sebut akan diadakan hari ini berhubung kontroversi kenyataan tentang Israel, akan diadakan hari ini. Anwar hadir bersama juak - juak kanan termasuk wakil DAP tetapi tanpa kehadiran Presiden PAS, Haji Hadi Awang.


Kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim untuk melindungi negara Israel dan keselamatan Bangsa Yahudi menyentap perasaan sekutu rapat Anwar iaitu PAS. PAS benar - benar tercabar dengan kenyataan ini, mungkin Anwar main wayang cina disebalik kenyataan ini yang tidak difahami oleh PAS. Anwar terkenal dengan lidah bercabang dan pandai berpura - pura.


Pertemuan hari ini akan memperlihatkan episod lakonan politik diantara PAS dan PKR. Pentas Majlis Syura dan Ulama PAS Pusat hanyalah pentas opera cina untuk menarik kembali keyakinan rakyat yang telah mula terasa kebodohan anwar menjaja PR di negara Israel.


Pertemuan ini benar - benar untuk menyaksikan Wayang kulit Negeri Kelantan dan Wayang kulit dari Pulau Pinang. Pertemuan ini kononnya untuk meyakinkan rakyat bahawa kenyataan Anwar untuk menjamin keselamatan Negara Israel itu adalah tipuhelah UMNO yang memutarbelitkan ucapan dan fakta.


Apa pun pertemuan Anwar dan Nik Aziz hari ini bukan untuk membincangkan isu pokok, malah isu utamanya ialah untuk menyalahkan UMNO. Mereka akan berkata " UMNO cuba melaga - kagakan PKR dan PAS, sedang DAP secara terang menyokong kenyataan Anwar itu.


Melalu lakonan poltik inilah, rakyat dapat menilai sejauh mana kejujuran Nik Aziz yang berlagak lebih berkuasa dari Presiden untuk menyelesaikan masalah, Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS dijadikan sebagai tunggul kayu yang tidak bernyawa dan dianggap dunggu oleh Nik Aziz kerana tidak mempunyai karisma untuk menyelesaikan masalah parti.


Medan pertemuan ini akan digunakan oleh Anwar untuk memburukkan Kerajaan UMNO yang kononnya Kerajaan UMNO berdagang dengan Israel. Anwar akan memusingkan segala cakapnya dan akan mencari keburukkan UMNO untuk menutup keburukkan Anwar yang sebenar.


Desas desus dikalangan ahli PAS tidak berpuas hati dengan tindakan Mursyidul Am PAS itu ingin menjadi juara dalam isu ini. sepatutnya bukan Nik Aziz yang menyelesaikan masalah ini, sepatutnya Presiden Parti dan AJK PAS pusat yang menentukannya.


KENAPA ANWAR PERLU MENJELASKAN KEPADA NIK AZIZ SEORANG?..... NIK AZIZ BUKAN MEWAKILI KESELURUHAN PAS, TAMABHAN PULA KENAPA DIADAKAN SECARA TERTUTUP, SEDANGKAN ISU INI MENYALAHI AQIDAH ISLAM KERANA MENGANGKAT MARUAH YAHUDI?.....


Semua pihak yakin bahawa pertemuan ini hanya lakonan yang telah dirancang untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada PAS dan PKR. Majlis Syura juga terdesak dengan sokongan politik yang semakin menurun. Majlis Syura tidak lagi membincangkan hukum - hukum Islam dan juga kesucian agama, Malah Majlis Syura lebih menumpukan isu - isu politik sebagaimana yang terjadi pada pertemuan ini.


PAS kini benar - benar menghadapi krisis sokongan rakyat, selepas isu Hassan Ali di pecat ramai dikalangan penyokong atas pagar telah turun dari pagar. Ditambah pula dengan isu sokongan Negara Yahudi membuatkan penyokong yang telah turun pagar melompat kepada BN. Inilah yang merisaukan anwar dan Nik Aziz.


Apa pun sebagaimana yang kita jangkakan, dan sebagaimana yang kita ramalkan...... NIK AZIZ AKAN BERKATA DI DEPAN RAKYAT : ISU ANWAR INI TELAH SELESAI " SEBAGAI RUMUSAN KITA DAPATI UMNO SENGAJA MEMUTARBELITKAN FAKTA INI..... (UMNO juga yang disalakan).....


Jika kita masih Ingat sewaktu Hassan Ali mengadap Nik Aziz dalam isu serbuan Pusat Hiburan dan Rumah Pelacuran di Selangor, Nik Aziz berkata didepan rakyat " ISU HASSAN ALI TELAH SELESAI"..... Tetapi selang beberapa hari Hassan Ali dipecat kerana bertindak mendahului Majlis Syura......


Seluruh rakyat menanti jawapan dari Nik Aziz...... Benar atau tidak jawapannya nanti... PASTI ADA PERKATAAN " SUDAH SELESAI ".



1 comments:

  1. These boots are made of sheepskin and of unisex variety. babyliss pro flat iron Ugg boots take place to appear to be utilized inside the countryside regions of Arctic Circle and China. They take place to appear to be critically normal shoes between the sheep shearers as they certainly not ran besides its resource. Yamaha Fairings The sheepskin made it at ease and protected them from chilly surroundings when engaged in outside activities. Onitsuka Tiger Shoes The Ugg boots made a gradual escape within your path using the mainstream.

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>