MEDIA RAKYAT

Wednesday, February 8, 2012

I.M.R - Menidakkan Negara Republik dan

"saya nak tegakkan Islam, dihalang, saya nak halang arak, mereka tak bagi, saya tangkap Orang Islam minum arak dikatanya menganggu bisnes, ....masya'Allah, astaghfirullah.... "


Datuk Dr.Hassan Ali

Bekas Pesuruhjaya PAS /Exco Kerajaan Selangor



Waktu dipuncak saya dijulang sebegitu rupa, saya diangkat dilambung dan diberikan tempat kerana sanggup bersubahat dengan mereka. Saya memperkatakan yang lansung tak masuk akal pun mereka bertepuk sorak sambil melaungkan takbir. Inilah perangai - perangai golongan Abdullah bin Ubai bin Salul.... puak - puak munafik yang sukakan perpecahan dan ingin sangat - sangat puak - puak munafik ini melihat Putrajaya milik mereka dari sebuah Agama Islam yang suci.


Hari ini nasib DHA benar - benar berubah, DHA telah berishtikharah dan telah mendapat hidayah dari Allah swt dan mendapat kekuatan baru setelah bergelumang dengan penipuan, pembohongan, hipokrit dan mempergunakan Agama untuk mengakkan sebuah kuasa yang rakus lagi zalim di Negeri Selangor.


Rentetan dari pemecatan beliau sebagai Ahli PAS dan Exco Agama Islam Negeri Selangor, DHA telah menjelajah ke segenap pelusuk negara untuk menjelaskan perkara yang sebenar bukan untuk menceritakan keburukkan orang lain. Dalam siri jelalah inilah DHA dikutuk dan dihina sebegitu rupa oleh Ahli PAS dan juga Ahli PKR. Pelbagai gelaran dan label diberikan kepada DHA kerana begitu marah orang yang dipuja oleh PAS selama ini, pemimpin yang boleh diharap untuk menguatkan PAS akhirnya lari meninggalkan PAS dengan PAS dimalukan dan dibogelkan oleh DHA atas perbuatan PAS yang bacul dan penakut dengan DAP selama ini .


Apa yang DHA perkatakan tentang PAS selama ini..... " Atas perjanjian, atas kesepakatan dan atas rasa saling mempercayai didalam Pakatan Rakyat... maka segala tindak tanduk diantara PR tidak boleh disanggah dan perlu dihormati. Mana - mana parti tidak boleh memburukkan antara satu sama lain. Pemimpin - Pemimpin Parti perlu menegakkan walaupun ianya tidak disenangi oleh ahli mahupun rakyat "..... Ternyata apa yang dikatan oleh DHA itu terbukti, apabila PAS melakukan kesilapan, PKR dan DAP hanya berdiam diri, sekiranya DAP mengeluar kenyataan dan mengutuk Bangsa melayu, PAS dan PKR hanya tunduk melutut. Apabila DAP mencaci Aagama Islam, PAS dan PKR kelu tidak berkata apa - apa. Begitulah sebaliknya, apabilan Pemimpin PKR dituduh meliwat dan akan dijatuhi hukuman, maka berduyun - duyunlah orang PAS keluar berdemontrasi tanda sokongan, tetapi DAP tidak pula melakukan begitu.


Tetapi pada hari ini DHA tidak lagi begitu, DHA akan menegakkan pandangan beliau melalui I.M.R . Beliau melihat IMR ini telah dibawa oleh UMNO sejak dulu lagi. UMNO lah yang memperjuangan IMR demi mendaulatkan Agama, Bangsa dan Raja di tanah Air ini. Selama ini menurut DHA Orang2 Melayu akan sentiasa dikhianati oleh PKR ,orang2 PAS akan sentiasa mengkhianati Agamannya sendiri dan orang - PKR dan PAS akan terus menjatuhkan maruah UMNO dan kuasa UMNO kerana didalam hatinya mempunyai sifat irihati dan dengki dengan Orang UMNO yang mempunyai kuasa dan mentadbir dengan baik kepada rakyat. Akhirnya org2 bukan Melayu terutama DAP akan ketawa terbahak2 melihat kebodohan org2 melayu berebut kuasa sesama sendiri.


DHA menegaskan, beliau tidak mampu untuk membawa IMR berseorangan tanpa sokongan Orang Melayu. Mempertanhankan Ulul Amri, sistem perajaan di negara ini adalah kita semua Orang Melayu, Jangan harapkan Orang Bukan Melayu .... mereka ini menumpang diatas kuasa yang kita miliki.


Islam yang kita junjung selama ini, Agama yang kita agungkan selama ini, secara tidak sedar mereka telah menodai sedikit demi sedikit, tetapi PAS macam kucing kurap, bacul dan mendiam dan bisu, lidah mereka kelu untuk menegakkan islam didalam DAP. menurut DHA, DAP lah yang paling celaka kerana berjaya mendominasikan Agama didalam Pakatan Rakyat. Sikap munafik mereka jelas terpancar didalam perdebatan diantara parti.


Tegas DHA, beliau malu dengan PAS kerana tidak berani menyatakan yang benar Soal Islam dalam pentadbiran Kerajaan Selangor. Ramai dikalangan Wakil Rakyat PAS di DUN Selangor telah dibeli dengan projek untuk menutup mulut . Kalau masa persidangan asyik sibuk ketandas keluar masuk keluar masuk, inilah perangai PAS. Bagi PKR dengan nyata dan terang menghina Agama Islam itu seolah satu kewajipan, demi mempertahankan kerusi Menteri Besar. Banyak hal dan perkara yang menyentuh soal pentadbiran Agama Selangor akan dibayangi oleh kafir - kafir dalam PKR dan DAP sendiri.


DHA dalam siri jelajahnya sering mengulangi bahawa segala tugas yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan mengikut undang - undang syariah negeri yang sedia ada. Tidak mendahulu dan tidak kemudiankan. Tetapi dengan tindakannya menjelajah kesetiap rumah urut, kesetiap pusat hiburan dan dan sarang pelacuran.... akhirnya inilah balasan MB Selangor dengan konco - konconya kepada beliau.


Untuk mendaulatkan ISLAM, MELAYU DAN RAJA tiada jalan pintas untuk beliau tegakkan. tidak mampu berseorangan dan tidak juga untuk mencari nama disebalik apa yang berlaku. Bukan untuk membersihkan diri kerana kesilapan didalam PAS dan tidak juga untuk mencari untung setelah semua jawatan dan pangkat dilucutkan.


Soal pangkat dan darjat ditentukan oleh Allah swt. Tetapi selagi nama Islam Hanya pemimpin UMNO yang boleh menjulang maruah Islam kepersada yang lebih tinggi, maka beliau sanggup menyonsong dari belakang untuk sama - sama berjuang bersama UMNO untuk memartabatkan Islam yang sebenar.


Soal nama dan publisiti bukan ukuran utama bagi DHA. Tetapi ingin meletakkan Nama dan maruah Melayu itu setanding dengan bangsa - bangsa lain. Ingin melihat kuasa orang Melayu dikembalikan, ingin melihat Orang melayu terus menguasai Putrajaya dan ingin melihat Orang melayu maju dibidang ekonomi dan pendidikan. Tetapi beliau tidak mampu untuk melaksanakan semua itu, Beliau hanya mampu membantu UMNO untuk meneruskan tradisi perjuangan ini , beliau yakin dengan semangat yang ada dalam UMNO , UMNOlah yang boleh diharapkan untuk menaga maruah dan martabat Orang Melayu.


Ahkirnya beliau ingin melihat Institusi Raja - Raja Melayu diletakkan ditempat yang dipatutnya diletakkan. Kita hanya bergantung kepada payung kuasa Raja - Raja Melayu. Kita bernaung dibawah singahsana Raja yang berdaulat. hanya dia tempat kita berpaut sekiranya negara ini diambang kemusnahan. Dalam diam cita - cita orang bukan melayu menghapuskan kuasa dan raja - raja melayu semakin hampir. Mungkin kita tidak terasa tetapi kebencian itu telah sampai ke pintu istana. tusukan jarum orang bukan melayu telah memakan setiap hati yang hitam dikalangan orang PKR.


Yang ditegaskan oleh DHA kepada seluruh Umat Melayu..... jangan percaya kepada Pemimpin Melayu didalam PKR, perangai mereka lebih buruk daripada pemimpin DAP. Jangan percaya Pemimpin DAP mereka lebih ganas dan rakus dari Yahudi. Dan yang paling bahaya kepada Orang Melayu dan Raja - Raja Melayu ialah pemimpin PAS yang sanggup mengadai maruah bangsa dan Agama demi merebut kuasa. Nilai - nilai Agama telah tiada didalam kamus PAS. Hukum - Hukum Islam yang syumul tidak lagi menjadi panduan malah hukum ciptaan akan dijadikan pegangan. Pelbagai hukum semasa akan dikeluarkan untuk membunuh Orang Islam yang lain. HUDUD PAS akan menghalalkan segala perbuatan mereka. HUDUD PAS akan menghancurkan Islam yang sebenar.


Selamatkan Islam..... Selamatkan Melayu..... Selamatkan Raja - Raja Melayu.

2 comments:

  1. Hello there, simply become alert to your weblog thru Google, and fosbobetund that it’s really informative. I’m gonna watch out for brussels

    ReplyDelete
  2. hassan sedang dikuasai takabur dan bangga diri....hassan lupa pada mati.

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>