“Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa KOTOR BETUL, ini yang saya perjuangkan.“Saya dah ikut dari tahun 1997, satu persatu, saya adalah orang yang belajar sampai PhD, saya tahu sistem research, saya tahu data, saya tahu memecahkan data, saya tengok data boleh dipercayai atau tidak, saya terdidik dengan itu, jadi saya hendak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim…
“Saya tak sanggup saudara-saudara, tak sanggup, betul-betul tak sanggup…”
insya-ALLAH, kali ini kita akan dapat tengok Anwar dalam perspektif yang berlainan iaitu based on data yang diteliti dan dipecahkan. Ini yang Anwar paling TAKUT…
Datuk Dr. Hassan Ali
Presiden JATI MALAYSIA
Dengan senario gelombang kebangkitan Islam bersama Datuk Dr Hasan Ali yang akan menggunakan JATI sebagai perisai untuk membongkar kelemahan pemimpin PAS dan PKR dan membongkar Islam yang menjadi alat PAS untuk berkuasa akan terjawab tidak lama lagi.
Hassan Ali akan menelanjangkan seluruh pemimpin PAS yang menggunakan Agama Islam sebagai senjata utama untuk meraih kuasa dengan memperbodohkan Rakyat dan memutarbelitkan Agama Islam yang suci.
Sebagi seorang yang berpengalaman pandai dalam bidang Agama sudah semestinya Hassan Ali tahu apa yang yang dia lakukan untuk umat Islam di Malaysia. Beliau mampu mengalas Amanah tetapi PAS tidak mampu jauh sekali PKR yang tuli dalam bidang Agama. PKR hanya menjadi ikut - ikutan dibelakang punggung PAS.
Dengan tindakan aggresif Hassan Ali inilah PAS dan PKR mula gentar, Anwar telah menyusun perancangan dengan mengarahkan Azmin Ali membuat serangan balas terhadap tindakan Hassan Ali di Selangor. Anwar juga mengarahkan PAS supaya membogel segala keburukkan Hassan Ali selama PAS mengenali Hassan Ali.
Hassan Ali akan menjadi mangsa serangan ‘bersiri’ PAS (dengan arahan Jeneral Anwar Ibrahim). Tukang tembak yang sudah dikenal pasti: Dr Rani, Khalid Samad dan sesekali akan diikuti oleh Azmin Ali.
Azmin dikatakan akan MEMBOGELKAN Hassan Ali sebogel-bogelnya - termasuk beberapa permohonan yang dikatakan berkepentingan peribadiHassan Ali kepada MB sebelum ini.
Anwar jadi cemas kerana ada ‘benda’ yang Hassan Ali tahu – tetapi tidak pernah didedahkan kepada umum. Kalau didedahkan…maka maruah Anwar akan terburai sekali lagi. Apa dia agaknya rahsia Anwar yang ada dalam poket Hassan Ali gamaknya….
Hassan Ali tidak gentar dengan serangan maut oleh golongan sesat ini, Hassan Ali tetap mempertahankan maruah dirinya, Agama Bangsa dan Negara. Beliau akan menentang habis - habisan setiap langkah Anwar dan Konconya termasuk Nik Aziz yang seperti lembu dicucuk hidung oleh anwar.
Dr Hasan Ali ada menyebut dalam ceramahnya bahawa dalam Pas cuma ada 20% sahaja pemimpin ulamak yang lain adalah golongan yang kurang ilmu Agama yang juga terdedah untuk menjadi parasit. Ini semua hanyalah kerana manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Dengan keadaan inilah Hassan Ali sanggup berdepan dengan mereka, kerana mereka jahil dan sombong dengan ilmu cetek yang mereka miliki.
Kita akan lihat apa akan jadi kepada Hassan Ali dengan serangan maut gerombolan Anwar kepada Hassan Ali. Mampukah Hassan Ali menaggis terjahan PAS dari depan dan belakang oleh Ulama cetek mereka.
Semoga Hassan Ali menginsafi dengan apa yang berlaku, Mungkin semua yang terjadi ini ada kesilapan dipihak Hassan Ali sendiri, Hassan Ali cuba menunjukkan dirinya bersih, tetapi perlu diingatkan tidak semua manusia itu lurus dan betul. Hassan Ali juga ada agenda dan kepentingan peribadi. Sama - sama kita saksikan episod telanjang diantara PKR dan Pas ini.
Bangangnya assan ni nak putarbelitkan org ramai mcm umno dan kwn2 nya utusex dan tv3suku tu..
ReplyDeleteThese articles are fantastic, The information you show us is interesting for everybody and is really good written, very informative. It’s just nice! continue posting. Thanks!
ReplyDelete- Kendi of webdesign
Hassan Ali should just focus on his summer camp business instead.
ReplyDelete