MEDIA RAKYAT

Friday, January 6, 2012

SEMBAHAYANG HAJAT UNTUK ORANG BERSALAH? ..BOLEH KER?



Anwar mengajak rakyat bersamanya dan memberikan sokongan kepadanya dalam kes liwatnya yang akan diputuskan pada 9hb nanti. Atas alasan berjuang untuk rakyat maka pemimpin pembangkang mengajak rakyat bersama-sama mencetus rusuhan untuk pertahankan seorang yang akan dijatuhkan hukuman bersalah atas kesalahan yang dilakukannya.


Rakyat mengajak Anwar, yang dituduh meliwat bersama Saiful Bukhari mangsa liwat untuk bersama-sama mencapatkan petunjuk Allah dengan mengadakan solat hajat di Masjid Negara pada 5hb jam 9 malam. Beranikan Anwar hadir? Bersumpah Anwar takut, solah hajat pun Anwar takut. Sebenarnya jika rakyat jadi hakim, mungkin sudah lama mereka menetapkan bahawa Anwar bersalah.


' Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di pelawa menghadiri solat hajat di Masjid Negara pada 5 Jan, jam 9 malam untuk memohon petunjuk Allah dalam menentukan kebenaran sekiranya salah seorang daripada mereka berbohong di atas dakwaan melakukan seks luar tabie, pada 26 Jun 2008, di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur.



Pelawaan itu dibuat oleh YB Datuk Zulkifli Noordin, bekas salah seorang peguam bela Anwar dalam kes liwat I.Zulkifli yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, solat hajat yang akan diadakan pada 5 Januari itu dicadang diadakan di Masjid Negara manakala pada 6 Januari di Masjid Kampung Baru, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Jamek Kuala Lumpur.



“Saya pelawa Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari supaya turun pada hari tersebut bagi memohon petunjuk dan hidayah Allah bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang berbohong. Kita juga minta dalam solat hajat tersebut supaya yang mana berbohong agar dilaknat Allah.



“Alhamdulilah, baru sebentar tadi saya dapat respons daripada Mohd. Saiful Bukhari yang bersedia untuk hadir… Sekarang saya hanya tunggu jawapan Anwar… Kalau beliau di pihak yang benar, jangan berdalih dan bersembunyi di sebalik kononnya mahkamah rakyat,” katanya '

0 comments:

Post a Comment

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>