Saya bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara didalam memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang tadi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lepas.Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.
Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.
Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar Kepada Allah saya berserah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
20hb Januari 2012
Dalam menilai pengertian ‘keadilan’ itu, rakyat dan seluruh rakyat bertanya, adakah keadilan yang sama juga diberikan kepada pengadu, Mohd Saiful.
Mengulas tentang keputusan mahkamah yang membuat keputusan Anwar dibebaskan dan dilepaskan, Salehuddin berkata Mohd saiful perlu diberi ruang untuk mendapatkan keadilan dengan merayu ke peringkat tertinggi.
"Saiful sebagai mangsa telah meletakkan hak dia kepada Timbalan Pendakwa Raya. Sebagai seorang mangsa, dia sepatutnya dibela hingga ke peringkat terakhir iaitu Mahkamah Persekutuan ". "Apabila Timbalan pendakwa Raya telah menuduh, kalau dia kalah, dia mesti rayu, sebab untuk menjustifikasi kenapa pada mulanya kita tuduh ".
Ada dikalangan Pengamal undang - undang yang pro Anwar terutama Majlis Peguam, menasihati Saiful agar tidak membuat rayuan kerana penghakiman adalah muktamad. Larangan ini dilihat seolah ada udang disebalik batu.
Malah Majlis Peguam kata tak perlu rayu. Mendesak Peguam Negara agar tidak merayu. Sepatutnya Majlis Peguam, bersikap nuetral dalam soal Saiful mahu pun Anwar. Nampaknya Majlis Peguam takut akan berlaku perubahan keputusan penghakiman di Mahkamah Rayuan.
Ada benarnya Keputusan membebaskan Anwar kerana teknikal yang mana dalam penghujjahan sepanjang perbicaraan pakar perubatan menggunakan sample DNA yang lama dan mengambil kesan - kesan yang terdapat ditempat kejadian (didalam kondominium).
Tetapi bagi Hakim beliau perlukan sampel DNA yang benar - benar tulen dan terbaru dari tertuduh. Tetapi malangnya pihak pendakwaraya gagal mendapatkan sample DNA dari Anwar berikutan Anwar enggan memberi sample tersebut.
Maka disinilah berlaku ketidakadilan, Hakim sepatutnya bertegas sebelum membuat keputusan, DNA perlu diambil dari Anwar oleh pakar perubatan dengan perintah mahkamah. Sekiranya anwar enggan menyerah sample DNA, Hakim boleh menggunakan kuasa dan budibicara beliau untuk mengenakan tindakan keatas Anwar dengan seksyen yang tertentu.
Dengan keadaan demikian, Saiful tetap tidak berpuashati, ini menunjukkan keptusan yang dibuat adalah tidak adil. Hakim telah terlepas pandang dalam soal teknikal. Hakim seolah - olah dipengaruhi oleh Peguam - peguam Anwar.
Dengan menfailkan rayuan melalui Pejabat Peguam Negara, Saiful berharap teknikla yang menyebelahi Anwar perlu diberi keadilan semula, kerana banyak perkara perlu diperhalusi bukan bergantung kepada penghujjahan yang sengaja direka oleh Peguam Anwar.
0 comments:
Post a Comment