Ternyata pengikut-pengikut PAS hari ini benar - benar bagaikan lembu dicucuk hidung. atau lebih tepat dah macam taik dengan kentut tidak boleh berpisah kerana kebodohan diri sendiri.
PARTI PAS hari ini dipimpin oleh seseorang yang sangat-sangat Diktator. Mereka tidak boleh ditegur, sesiapa yang berani menegur PAS sudah pasti akan menerima nasib dipecat, dibuang kemudian akan dihina sampai ke lubang cacaing.
Nak kata Presiden ditaktor tidak nampak peranannya, mungkin jugak AJK PAS Pusat yang mempunyai pelbagai latarbelang yang mainkan peranan masing - masing. Tetapi yang jelas peranan Ditaktor yang terbesar ialah Majlis Syura yang peranan dan kuasanya melebihi Presiden.
PAS cuba membersih pemimpin yang menjadi DURI DALAM DAGING kerana mengkritik PAS yang bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Atau sesiapa yang mengkritik Anwar. Mengkritik anwar ibarat menghina Golongan Ulama dan menghina Tok Guru Nik Aziz.
Lihatlah Datuk Dr Hassan Ali yang lantang mengkritik Anwar dan kepimpinan PAS sendiri, akhirnya dipecat hanya kerana mengkritik DSAI yang bukan pun ahli PAS. Dihina kerana beliau bercakap soal Melayu dan Raja-Raja Melayu. Dihina kerana berkata tidak ada pun meminta maaf kepada Mursyidul Am berhubung isu Anwar.
Selepas ini bakal menyaksikan YB.Nasharuddin di aibkan dan dimalukan sebagaimana Hassan Ali menerima cacian yang memilukan. Apakah mereka akan memecat YB Nasharudin, seorang arkitek Kerajaan Perpaduan yang kelihatannya masih dan sedang bercakap isu penyatuan dan kebersamaan. Apakah isu YB Nasharudin yang sekarang sedang aktif mendekatkan diri kepada UMNO boleh dinafikan lagi.
Ramai dikalangan pemimpin PAS Kedah meramalkan, MB Kedah akan turut dipecat kerana menjadi sebahagian kepada kumpulan Haji Hadi di dalam Kerajaan Perpaduan? Apakah tindakan terbaru MB Kedah menggunakan AUKU ke atas pelajar KUIN, jelas sekali bertentangan dengan Buku Jingga anutan terbaru Mursyidul Am! Buku Jingga Mencatat dengan Jelas di dalam Buku Jingga akan menghapuskan AUKU. Mengapa MB Kedah mengambil jalan songsang?.
Ramai lagi yang akan menjadi mangsa kerakusan politik pemimpin PAS. masing - masing merasakan mereka hebat. Masing - masing juga cuba mencari tempat untuk dicalonkan didalam PRU ke 13, Semuanya berlumba - lumba kononnya kuasa untuk memerintah negara ini tidak berapa jengkal lagi.
Tetapi perbuatan mereka ini perbuatan terkutuk, sanggup meminggirkan golongan Agama demi kuasa, sanggup memijak Islam sesama sendir demi jawatan dan sanggup menjual Agama kepada orang kafir demi sebuah kerajaan bayangan.
0 comments:
Post a Comment