
Menurut Menteri Besar Selangor, " Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelantikan baru itu turut melibatkan rombakan kecil dari segi portfolio iaitu Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kini dipegang oleh beliau sendiri " .
Khalid juga mengumumkan, Adun Meru, Dr. Abd Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel) manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (Padat), kedua-dua jawatan itu sebelumnya disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali. .........
Selaku rakyat Selangor dan juga penyokong tegar PAS Selangor, perlantikkan Exco baru bagi Kerajaan Selangor bagai memenuhi kuota walau syarat - syarat kelayakkan tidak mencukupi.
Secara sedar atau tidak sedar PAS Selangor telah dipinggirkan oleh Kerajaan PKR Selangor. PKR seakan cuba mempermainkan PAS, mungkin PAS tidak sedar hal sebegini. Mana tidaknya Tokoh - tokoh Agama yang ada tidak diletakkan dalam barisan Exco Kerajaan Negeri, diletakkannya budak hingusan yang tidak mempunyai apa - apa pengalaman baik dalam bidang Agama mahupun pengurusan pentadbiran.
Disini letaknya kebijaksanaan Khalid Ibrahim mencaturkan politik PAS dis Selangor. PKR tidak mahu lagi PAS membawa masalah kepada Kerajaan PKR Selangor. Yang menyusahkan pentadbiran PKR dan DAP Selangor adalah PAS dalam urusan Agama di Selangor.
Oleh itu Khaled Ibrahim selaku MB Selangor , dinasihati pula oleh Pempmpin DAP Selangor agar jawatan Agama dipegang oleh Menteri Besar sendiri. Secara tidak lansung rakyat dapat membaca kenapa dan mengapa Khaled Ibrahim memegang jawatan Exco Agama di Selangor.
Secara logiknya dengan pemikiran yang singkat, bahawa bahawa masalah yang dihadapi dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat Cina di Selangor adalah Pemimpin PAS yang menjadikan Agama Islam sebagai halangan dalam perniagaan haram mereka. Mereka benar - benar tertekan dengan Hassan Ali, mereka mengalami kerugian jutaan ringgit hasil serbuan Hassan Ali dan banyak permohonan yang melibatkan Hassan Ali ditolak.
Tetapi semua ini telah berakhir....... DAP kini mula bermaharajalela kerana Halangan besar selama ini telah dapat diselesaikan. Lesen besarnya hanya terletak di tangan Khaled Ibrahim. Jikalau Khaled Ibrahim cuba mempermainkan kehendak DAP... maka hayat Khaled Ibrahim tidak panjang.
Apa pun semua itu telah berlaku, terlajak perahu boleh diundur..... perlantikkan sudah dperkenan dan angkat sumpah terima jawatan pun sudah berlalu, maka Senario politik Selangor turut berubah, lanskap ekonomi juga akan berubah wajah. Selepas ini tidak akan ada lagi rakyat akan mendengar serbuan demi serbuan. Rumah urut, pusat hiburan dan pusat pelacuran akan bertambah dan bertambah.
Ingatlah PAS, walau tidak mempunyai kuasa di bidang Agama, kita sebagai Orang Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam perlu berusaha untuk membenteras maksiat yang berlaku. Sekiranya ada masjid dan surau kita cuba dikhianati atau ada Orang Islam dihina atau laungan Azan menjadi sindiran mereka, bertindaklah, cegahlah setakat mana yang mampu.
Doktor apa EXCO baru yang berjanggut macam kambing ni..doktor haiwan ke, doktor gigi ke, doktor ubat ke, doktor falsampah mcm si Katik Hasan Ali yang digulingkan itu ke?
ReplyDeleteApa pun kita bangga lah bebudak sekarang doktor itu dan doktor ini...semua nya ni atas dasar pelajaran dan perjuangan UMNO..tak kira anak petani anak nelayan , anak posmen , anak drebar ke asalkan pandai dan rajin.
Berjuta2 duit di belanjakan. Ye Orang PKR/PAs akan kata itu memang tugas Kjaan tapi engkau tengoklah kat Spore .kalau kau Melayu betapa pandai pun setakat itu aje lah..mana ada kasi peluang
UMNO tak pernah mengungkit. UMNO tetap dengan perjuangan
Yang doktor ni jelas menggigit tangan yg membantunya...