

Nampaknya, PAS sudah hilang maruah ditangan Anwar Ibrahim. Sama ada memang benar para ‘anwarinas’ sudah menguasai PAS sepenuhnya, atau PAS tidak sanggup kehilangan sumber kewangan kerana berkeras nak mempertahankan Hasan Ali.Senario semasa berhubung kenyataan demi kenyataan Hassan Ali menemplak Anwar, menunjukkan bahawa pemecatan Hasan Ali ialah kerana arahan Anwar!! Bodohnya punya PAS, takde maruah, nak pecat Hasan Ali pun kena tunggu ‘perintah’ Anwar.
Memang benar Hassan Ali menuduh Anwar pemimpin yang tidak bermoral, maknanya Hassan Ali tau keperibadian Anwar sebenar. Haasan Ali yakin bahawa Anwar akan dijatuhi hukuman akibat skandal liwat. Bukan sekadar cerita dengan Saiful yang ada dipengetahuan Hassan Ali, malah video sek , main bini Azmin, kes bersama Sukma dan banyak lagi cerita2 keburukkan Anwar yang sengaja dipendam selama ini.
Yang memedihkan Anwar dan Pakatan Rakyat ialah Hasan Ali kutuk Anwar Ibrahim sebagai tidak bermoral kerana terlibat dengan liwat dan dengan itu rakyat tidak perlu hadir ke perhimpunan besar-besaran membebaskan Anwar. Kenyataan itu mendesak Azmin Ali keluar kenyataan keras ke atas PAS agar ambik tindakan ke atas Hasan Ali. Azmin begitu lantang meminta PAS jangan mencampuri urusan PKR, Kata - kata ini ditujukan kepada AJK PAS Pusat agar Presiden tidak lagi menjadikan Hassan Ali sebagai gunting dalam lipatan dalam PR.
Hassan Ali adalah pengugat kepada perancangan jahat PR untuk merampas Putrajaya. Oleh itu bagi memudahkan laluan ke Putrajaya Hassan Ali harus dihapuskan, Bukan hassan Ali seorang, sekiranya ada mana - mana individu baik dalam PAS, PKR atau DAP yang menganggu proses perampasan keputrajaya mesti dinyahkan serta merta.
PAS masih sayang pada Hassan Ali, PAS tahu keperibadian Hassan Ali sebenar, sebab itu Nik Aziz memanggil Hassan Ali . Hasan Ali dijemput ‘makan’ ke Kota Bharu oleh Nik Aziz bersama-sama Nasharudin Mat Isa, kononnya untuk jernihkan hubungan.
Besoknya saja Nik Aziz umum masalah sudah selesai dengan permohonan maaf Hasan Ali dan serentak itu, media PAS pun mulalah guna ayat-ayat bunyi arab macam ‘ukhwah’, ‘musyawarah’ dan entah apa kejadah yang lain lagi untuk menggambarkan ‘kejayaan’ tersebut.
Besoknya saja Nik Aziz umum masalah sudah selesai dengan permohonan maaf Hasan Ali dan serentak itu, media PAS pun mulalah guna ayat-ayat bunyi arab macam ‘ukhwah’, ‘musyawarah’ dan entah apa kejadah yang lain lagi untuk menggambarkan ‘kejayaan’ tersebut.
Tetapi desakan demi desakan, segala pujuk rayu Nik Aziz tidak ada kesan. Nik Aziz juga telah bersemuka dengan Haji Hadi supaya menyelesaikan perkara ini secara baik dengan tiada pemecatan dikalangan pemimpin PAS, Nik Aziz merayu pada Haji Hadi sepatutnya urusan PAS juga tidak boleh dicampuri oleh PR yang lain. Semua itu telah dimaklumkan kepada Haji Hadi demi menyelamatkan maruah dan perjuagan PAS selama ini.
Akhirnya...... Desakan DAP kepada PKR semakin kencang, DAP memandang Hassan Ali virus kepada perancangan, lalu mencucuk jarum kepada PKR supaya membuat tekanan kepada PAS. DAP tidak berani menekan PAS kerana PAS ramai Orang Melayu Islam yang semangatnya berbeza dengan PKR.
PKR termakan dengan racun dan tuba yang disogok oleh DAP. Lalu PKR memberi kata dua kepada PAS. Kata dua ini mengecutkan telor Haji Hadi, Kini Haji Hadi tidak boleh berbuat apa - apa melainkan melaksanakan tugas yang maha besar ini.
Matan nya..... Kini Maruah PAS yang memperjuangan Islam selama ini telah berada dibawah tapak kaki Anwar yang didokong oleh DAP. PAS hakikat sebenarnya telah mati, Jasadnya telah dikuburkan, tetapi rohnya masih meracau mencari tempat bersama syaitan dan iblis yang mencari tempat untuk terus hidup dis=dunia khayalan.
Setelah begitu lama sdra menulis di alam maya ini, saya tidak pernah muncul di halaman ini, maafkan saya jika coretan saya tidak menyenangkan sdra.
ReplyDeleteSaya tidak tahu diatas kapasiti apa sdra menulis,
1- Saja suka-suka
2- Kerana di upah oleh seseorang
3- Kerana terlalu taksup kepada UmnoBN
4- Kerana mencari kebenaran.
Dari pemerhatian saya, didapati sdra terlalu membenci DSAI, malah saya dapati tahap kebencian sdra terhadap DSAI sudah ketahap melampau, saya tidak tahu kenapa sdra bersikap begitu.
Untuk pengetahuan sdra, saya adalah salah seorg penyokong DSAI, tetapi saya bukan penyokong tegar beliau.
Saya menyokongnya selagi beliau berpegang kepada prinsip membela rakyat marhein.
Segala tuduhan yang di lemparkan oleh musuhnya terhadap DSAI sehingga kini masih bertahap FITNAH.
Alasannya mudah sahaja, sehingga setakat ini DSAI lah satu-satunya pemimpin yang boleh menyatukan parti-parti pembangkang bagi menumpaskan BN di M'sia.
Oleh itu secara tidak langsung DSAI adalah musuh nombor satu BN dan perlu di tumpaskan, untuk menumpaskan melalui hujjah, BN tidak mampu, maka terciptalah FITNAH yang pelbagai.
Lagi satu, jika kita amati dari pengelaman yang lepas, sesiapa juga yang di pecat dari Umno diatas apa juga kesalahan tetapi tidak melawan akan memperolehi ganjaran akhirnya.
Contohnya - Musa Hitam, Tengku Razaligh Hamzah, dan terbaru Isa Samad.
Namun Anwar berbeza, dia melawan, oleh kerana melawan maka jalan pintasnya ialah, mesti di musnahkan karier politiknya, untuk itu maka dicipta pelbagai tuduhan.