MEDIA RAKYAT

Wednesday, January 11, 2012

PAKATAN RAKYAT MENGHARAP ANWAR DIPENJARA - UMNO cekap mengatur strategi




Pemenjaraan Anwar akan mempercepatkan laluan Pakatan haram ke Putrajaya? Itulah harapan Pakatan Rakyat agar Anwar disumbat kedalam Penjara bagi memudahkan urusan PR untuk membawa rakyat bersama - sama mereka dalam gelombang menumbangkan Kerajaan.



Pakatan Rakyat sudah menjangka yang Anwar akan dipenjarakan kerana bukti DNA itu tidak pernah disangkal sesiapa, itulah sebabnya Anwar mengadakan road tour kerana yakin dia akan masuk penjara kali ini.



Namun semua itu hancur berkecai, semua pakar strategi Pakatan Rakyat mula mengatur strategi baru pula, dek kerana dengan keputusan mahkamah yang mengejutkan. Keputusan yang dibuat oleh Hakim adalah tepat dan diterima oleh semua pihak. Bukti - bukti yang dibawa dalam kes perbicaraan itu tidak kukuh.



Semua mengharap Anwar akan masuk penjara kerana dengan itu lebih mudah untuk raih simpati rakyat – mengulangi episod 1998. Pakatan haram dijangka lebih banyak raih undi simpati orang melayu, tambahan undi cina sudah solid akan pergi ke Pakatan haram. Anwar sendiri pun tidak berapa gembira walaupun bebas, kerana perancangan beliau hancur.



Anwar menuduh UMNO terutama Presiden UMNO mempengaruhi keputusan ini. Dengan pembebasan Anwar ini maka segala perancangan politik UMNO untuk menguasai Kerajaan dalam Pilihanraya ke 13 akan tercapai. Disebaliknya pula segala perancangan sulit PR untuk menawan Putrajaya hanyalah satu impian kosong angkara Anwar dibebaskan.



Anwar punca segala - galanya, Hasrat DAP terkubur, Cita - cita PAS untuk menjadi Perdana Menteri juga terkubur. Nampaknya PAS dan DAP mula menuding jari kepada Anwar kerana plan dan perancangan Anwar selama ini hanya omong kosong. DAP dan PAS terpaksa mengikut bontot Anwar kerana merasakan Anwar adalah Pemimpin Melayu yang cerdik dalam politik, tetapi semua itu meleset.... DAP dan PAS melihat Orang Melayu dalam UMNO lebih bijak dalam berpolitik terutama dalam mengharungi saat getir seperti ini.



Hasil dari keputusan itu , UMNO dilihat mendapat nafas baru, UMNO dilihat mendapat dari kes liwat Anwar. Kerajaan yang dibentuk UMNO dilihat bersih kerana tidak memcampuri urusan perundangan. Bebasnya Anwar bukan UMNO yang lepaskan, Penjaranyaa UMNO Bukan UMNO yang penjarakan, tetapi semua itu adalah kehendak Allah, yang mempunyai maksud dan tersurat dan tersirat untuk memberitahu rakyat bahawa hanya kuasa orang Melayu Islamlah yang boleh tegak dan menguasai di negara ini. Rakyat perlu berfikir dan melihat lebih jauh dan membuat perbandingan dengan mata hati yang iklhas , jangan mudah terpengaruh dengan pakatan Haram antara orang Kafir dan Islam dalam PR.



Akhirnya beruntung ialah UMNO. Semua pihak nampak yang Anwar penipu bila menuduh UMNO dalang konspirasi. UMNO tidak masuk campur dalam hal lubang dubor Saiful yang diterjah Anwar atau tidaknya, itu masalah dia yang perlu diselesaikan di mahkamah.



Rakyat mendoakan agar UMNO terus bekerja dan membantu rakyat, lupakan titik hitam dari keputusan itu. Melalui kepimpinan Datuk Seri Najib, sebenarnya rakyat secara diam menyokong apa jua tindakan yang memberi faedah kepada rakyat. Rakyat tidak hanya menyokong Najib malah rakyat membawa Najib dan UMNO untuk membina kekuatan dan untuk menjadikan Najib dan UMNO kepada sebuah Kerajaan yang utuh dan kukuh.

1 comments:

  1. Unlike other heeled shoes, Hogan Shoes shoes of borse prada series are medically supervised. Dolce & Gabbana Sunglasses That is why; the slightly raised heel is designed to support the back of the foot, while the wrap around supports ankles against jerks. These beautiful artifices are available in different Sizes like 5 to 10 and shapes like narrow and wide. Moreover, Abercrombie Fitch these shoes can be customized on as per the specifications and requirements of the customer's.

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>