MEDIA RAKYAT

Monday, January 9, 2012

MATINYA PATRIOT ISLAM TULEN....

Tinggal kenangan .... Inilah musuh no 1 Haasan Ali di Selangor. Kerana hasutan dan tikaman dari belakang Exco DAP inilah .. Exco dari PAS ini kecundang. Semoga Allah memberi kuatan kepada Hassan Ali untuk meneruskan perjuangan dan menegakkan Islam.



Parti PAS menyingkirkan Dato' Dr. Hasan Ali sebagai ahlinya hanya selepas sehari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengeluarkan 'gesaan berupa arahan' supaya parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu mengambil tindakan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.


Jawatankuasa Pusat PAS mengambil keputusan memecat Dr. Hasan berkuatkuasa serta merta pada hari ini, atas tindakannya yang didakwa "menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS".

Ternyatalah kepimpinan PAS kini bukan sahaja hidungnya dicucuk oleh DAP, malah telinganya diikat dengan tali PKR. Disebabkan PKR tidak puas hati terhadap kenyataan Dr. Hasan yang menggesa supaya pelajar universiti menjauhkan diri daripada perhimpunan 901, maka PAS sanggup menendang pemimpinnya keluar parti.

Maka benarlah dakwaan banyak pihak bahawa prinsip perjuangan PAS kini tidak sama dengan prinsip asalnya. Dr. Hasan mempunyai prinsipnya sendiri yang disukai oleh kumpulan tertentu di dalam PAS, tetapi satu kumpulan lain yang disebut puak Anwaris pula menganggap Dr. Hasan sebagai liabiliti kepada parti itu, khususnya dalam usaha mereka hendak membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Lalu terkorbanlah seorang pemimpin PAS yang tidak mahu mengikut arus pucuk pimpinan parti itu yang mahu menonjolkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri."Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," kata Dr. Hasan ketika meluahkan isi hatinya selepas mengetahui pemecatannya.

Beliau berkata akan merujuk kepada sahabat-sahabatnya untuk mengambil tindakan sewajarnya dan akan memanggil sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjelaskan kedudukannya berhubung perkara itu.

Tidak hairanlah jika dikhabarkan bahawa seramai 10,000 ahli PAS akan bertindak keluar dari parti itu sebagai tanda bantahan terhadap keputusan pucuk pimpinannya memecat Dr. Hasan.


Sesungguhnya Azmin sedang meraikan keputusan pucuk pimpinan PAS kerana mengikut arahannya, biarpun beliau bukan ahli parti itu, sebaliknya ahli sebuah parti yang jauh lebih muda usia penubuhannya. Telinga PAS akan terus direntap oleh PKR untuk jangka masa panjang, selagi Anwar tidak dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

PAS kini sedang mentelaah sejarah Erdogan menjadi Perdana Menteri Turki sebagai persediaan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar yang mungkin akan dipenjarakan.

0 comments:

Post a Comment

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>