MEDIA RAKYAT

Wednesday, January 25, 2012

KUCING DAH KELUAR TIKUS MENARI - NARI... DAP terus memijak Islam di Selangor

“Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak punkamu ikut memasukinya. Para sahabat bertanya : “Siapa mereka yang baginda maksudkan itu, ya Rasulullah ?” Beliau menjawab : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani” (HR. Bukhari)


PAS telah dinafikan hak-hak mereka dan kemudian cuba melindungi kekecewaan mereka dengan pelbagai alasan yang tak munasabah.. Tak mengapalah asalkan dapat tidak diketepikan terus. Walaubagaimana pun PAS tetap diberi gula - gula oleh MB Selangor, Wakil - Wakil PAS yang ada dalam DUN Selangor tetap menjadi penasihat Agama kepada MB Selangor yang bertaraf Exco.


Tetapi dalam diam Pesuruhjaya PAS Selangor terasa dihina apabila beliau yang merancang pembunuhan Hassan Ali dan beliaulah yang membunuh Hassan Ali akhirnya orang lain yang mendapat jawatan. Semoga Allah membalas jasa dan kebaikkan Pesuruhjaya PAS itu.


Begitu juga Pemuda Pas khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu sama ada dari parti itu mahupun dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran tidak bersetuju dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Adat Resam, Belia dan Sukan, kelmarin.Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin dan penyokong PR yang tidak berpuas hati perlu menerima seadanya calon itu bagi melicinkan urusan pentadbiran negeri.


Berbalik kepada soal Hal Ehwal Agama yang dipegang oleh Khaled Ibrahim..... " Semua ini dirancang dan dibincang bersama DAP tanpa pengetahuan PAS pun, malah DAP mencadangkan agar Exco yang baru dilantik bagi menganti Hassan Ali bukan dari Pesuruhjaya PAS Selangor, permainan politik DAP ini berjaya mempengaruhi Khaled Ibrahim kerana ada benarnya Pesuruhjaya PAS Selangor ini pasti akan melaksanakan tugas mengikut lunas dan hukum hakam Agama Islam.


Bermula sahaja pengisthiharan Exco Agama dipegang oleh MB Selangor, DAP Selangor khasnya dan DAP seluruh Malaysia amnya, telah pun merangkap strategi untuk menguasai keseluruhan baik ekonomi, projek, keagamaan mahupun pembangunan.


Gerakan-gerakan halus kini dengan mudah meresapi ke dalam Selangor. Sedikit demi sedikit pentadbiran Pej Menteri Besar Selangor diresapi Ideologi DAP dan penularan Kristian dan Budhhda dikalangan pegawai MB Selangor tanpa disedari. pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Selangor terhadap musuh-musuh umat Islam begitu ketara selepas pemecatan Hasan Ali dari PAS sekaligus menyingkirkannya dari jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor. Yang pelik nya Orang Islam dalam PKR sendiri seolah - olah menerima dan berterima kasih sangat - sangat kepada MB Selangor kerana melucutkankan Hassan Ali.


Agenda utama DAP ialah mengkristiankan seramai mungkin Orang Islam, ini balasan kerana kegagalan mengkkristiankan di Gereja di Damansara Utama tempuhari akibat halangan dari Hassan Ali.


DAP juga mengarahkan Exco Agama Selangor supaya aktiviti keislaman di Masjid dan Surau seluruh Selangor diperlahankan, DAP tidak mahu Budget yang terlalu tinggi diperuntukkan kepada Majlis Agama dan juga Pejabat - Pejabat Agama. Ada juga pemimpin DAP mencadangkan agar duit zakat perlu diagihkan kepada lain - lain Agama kerana duit yang terkumpul itu telah menjadi wang kerajaan.


DAP juga meminta Khaled Ibrahim memperuntukkan juga jumlah budget negeri kepada semua Gereja, Tokong dan Kuil dalam Budget tahun 2013 nanti, ini sebagai balasan sebagaimana sebelum ini Kerajaan Negeri mempertukkan kepada Masjid dan Surau.


DAP juga memberi kata dua kepada MB Selangor supaya tidak menggangu urusan perniagaan orang - orang Cina di Selangor kerana jika terdapat gangguan sudah pasti hasil pendapat mereka terjejas. Ini lebih - lebih perniagaan rumah urut dan hiburan serta tempat - tempat perjudian.


Tekanan demi tekanan telah diterima oleh MB Selangor, Khaled Ibrahim seakan sudah tidak berdaya lagi untuk melawan, mulut beliau telah terkunci dengan hasil - hasil lendir yang disuap oleh DAP kepada Khaled Ibrahim.


Suka atau tidak suka, Khaled Ibrahim terpaksa mengikut telunjuk DAP sedikit demi sedikit, banyak sebab Khaled Ibrahim tidak berupaya untuk bersuara dan melawan pendapat yang dipasak ke kepala beliau.


Penasihat - penasihat dan pegawai - pegawai Negeri solah tidak boleh berkata dan cuba menasihati MB Selangor lagi. Semuanya telah dikuasai oleh DAP dan ada diklangan mereka seakan makan gaji bulanan dengan DAP .


Makin banyak kemungkaran yang berlaku di Selangor..... Semoga Allah swt melindungi rakyat Selangor. Semoga UMNO tidak mengulangi lagi kesilapan setelah berjaya menguasai Selangor semula.


Bekerjalah UMNO dari sekarang.... pastikan Rakyat Selangor tertegak bersama Islam. Insaf dan insaflah.........

0 comments:

Post a Comment

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>