MEDIA RAKYAT

Monday, January 16, 2012

KEBIMBANGAN PAS APABILA HASSAN ALI MASUK UMNO - peluang rayuan tidak dilayan

Berakhir sudah sebuah Episod Cinta tiga segi.... Yang pergi tak kembali, yang ada lagi tu pun akan pergi. Syabas buat PAS yang selama ini diperdaya oleh DAP laknatullah.

Inilah punca sebenar pemecatan Hassan Ali, gara - gara Hassan Ali menyerbu pusat hiburan dan rumah urut. Tindakan HA menyebabkan pemimpin DAP terasa terhina kerana menutup periuk nasi. Rakyat tidak tahu bahawa kegiatan haram ini didalangi oleh Politik DAP yang berkuasa di Selangor.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Dr Harun Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mustafa Ali, Nasrudin Hassan Tantawi, Datuk Abu Bakar Chik, Husam Musa, Nasharudin Mat Isa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta beberapa pemimpin kanan PAS yang lain mula merasa resah, gundah gulana dan sentiasa berdebar sejak kehilangan Datuk Dr.Hassan Ali dari PAS.


Tindakan drastik PAS ini mengundang penyesalan yang teramat sangat. Desas desus disetiap markas dan warung kopi seakan tidak bersetuju dengan pemecatan Dr.HA secara tergesa - gesa. Sebenarnya isu ini telah diselesaikan setelah Dr.HA berjumpa dengan Nik Aziz bersama pemimpin PAS yang lain. Yang paling kecewa dalam isu pemecatan ini ialah Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS yang telah cuba menjernihkan keadaan, dalam masa yang sama Dr.HA telah berjanji untuk memimpin PAS dan berkhidmat kepada PAS.


Hassan Ali pernah berkata kepada pemimpin PAS yang lain, " Tidak semestinya tidak menyokong beberapa tindakan PKR dan DAP itu bermaksud saya telah menodai perjanjian Pakatan Rakyat ". begitu. Komen Prof. Shanon Ahmad (SN) juga perlu di lihat " hala tuju PAS masa kini telah menyimpang jauh dan lari dari landasan yang sebenar, ramai pemimpin PAS hari ini melihat kuasa dan jawatan menjadi agenda utama " . tambah Shahnon Ahmad (SN) lagi, ......"Percaya lah PAS sudah kurang bercakap menyuruh orang masuk Islam. tetapi orang-orang edorgan lebih suka PAS bercakap undi PAS dan PR ".


Dulu PAS kecoh dan hasut org ramai disebabkan mufti selangor dipecat, pada masa itu bukan main lagi pejuang - pejuang PAS mengamuk kononnya Raja dan Kerajaan UMNO menentang Islam dengan memecat Mufti. UMNO di kecam, UMNO dihina dan pelbagai tohmahan dilempar kerpada UMNO.....


Sekarang Exco Agama Islam di Selangor mewakili PAS, yang juga pejuang Islam tulen, yang membawa Selangor kepada pemerintahan Kerajaan sendiri, yang telah berjuang untuk memastikan Khaled Ibrahim menjadi Menteri Besar, pula dipecat gara gara sikap anti Anuarinas dan anti kafir harbi DAP...


Bukan atas isu kritik PR atau tidak sehaluan dengan Anwar atau bertelagah dengan Pesuruhjaya PAS Selagor beliau dipecat, tetapi atas isu beliau menyerbu rumah urut dan pusat hiburan disekitar Selangor lah beliau disedak oleh DAP agar Dr HA dihapuskan kerana merbahayakan DAP.


PAS menuju kehancuran....PAS menuju neraka..... PAS petualang kepada Orang Melayu.... PAS perosak Agama Islam.... PAS pak turut kepada PKR dan DAP. Ini adalah kata - kata terakhir Dr Hassan Ali sebelum melangkah keluar dari pejabat beliau.


Task Force 2012 Dr Hassan Ali akan menjadi mimpi ngeri buat PAS. Pertama beliau tidak akan merayu kepada PAS, kerana sekiranya HA merayu beliau akan dimalukan. daripada dimalukan baik beliau mencari tempat bergantung, Dr.HA pernah berkata ... " beliau sanggup bekerjasama dengan sesiapa pun baik UMNO ataupun NGO lain, asalkan perjuangan dan agenda Islam diletakkan dilandasan utama "......


Bagi beliau, yang mampu dan yakin dengan kekuatan dan kepimpinan yang ada,... hanya UMNO yang layak untuk memikul tanggungjawab untuk meletakkan Agenda Islam ini dilandasan utama. Beliau tidak teragak - agak untuk bersama UMNO untuk memastikan niat,hasrat, dan sedikit ilmu yang ada untuk dicurahkan kepada Umat Islam untuk melihat Agama Islam berkembang kukuh dan disegani. Tidak seperti PAS... Agama boleh boleh dijual beli kepada DAP. Inilah satu kesilapan selama beliau bersama PAS.

0 comments:

Post a Comment

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>