MEDIA RAKYAT

Tuesday, January 10, 2012

BERDOSANYA HAKIM.... BETUL KE KEADILAN?



Disebalik keriuhan penyokong Anwar menyambut keputusan diluar Mahkamah, jutaan rakyat di negara ini meratapi keputusan itu.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zabidin Diah dah memutuskan bahawa Anwar tidak bersalah berdasarkan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa liwat, Mohd Saiful Bukhari. Mahkamah mendapati bukti2 yang dikemukakan oleh pendakwa terutamanya bukti DNA tak konsisten 100%.


Rakyat tahu..... pakar forensik, doktor - doktor dan pakar perubatan luar negara telah memberi keterangan yang jelas bahawa berlaku pada " Rektum" Saiful akibat objek tumpul suspek.


Timbul persoalan, kenapa Anwar tidak membenarkan DNA dirinya diambil? Semua pihak meminta Anwar memberi sample DNA dengan disaksikan sendiri oleh sekutunya. Tetapi Anwar tetap bedegil tidak mahu DNA diambil bimbang disalahguna untuk kepentingan orang lain.


Kerana ketiadaan DNA Anwar inilah, maka Saiful Azlan benar - benar teraniaya dan dizalimi oleh perundangan negara. Patutkah seorang pemuda yang mempunyai potensi untuk negara diperlakukan sebegini?. Diman haknya sebagai rakyat, kenapa pendakwaannya dipermainkan oleh hakim.


Apakah hakim yang mengadili kes ini takut pada ugutan, atau ingin membersihkan namanya setelah dijaja oleh oleh Anwar keseluruh negara mengatakan Hakim terlibat dengan konspirasi dengan UMNO.


pihak pembangkang terutama anwar Ibrahim sebelum ni selalu menuduh mahkamah sebagai tidak adil dan amalkan undang-undang berat sebelah serta tak akan memihak kepada Anwar.


Ada desas desus menyatakan hakim telah menerima ugutan dari pihak tertentu supaya mengubah keputusan. Walau pun hakim ini tidak dibeli, tetapi ugutan ini amat merbahaya. Kenapa pihak keselamatan tidak memantau ugutan sulit sejak awal lagi?.


Apa pun Hakim perlu bertanggungjawab dunia dan akhirat dengan keputusan ini. Bukan alasan teknikal untuk melepaskan pesalah moral, tetapi perbuatannya itu perlu diadili dengan seadil - adilnya.


Mungkin semasa membacakan hukuman Hakim tidak terasa dosanya melepaskan orang yang bersalah, tetapi dosa dan penyelesalan akan datang selepas melihat Saiful teraniaya. Tanggunglah dosa sekiranya terselit didalam hati kerana menjalankankan tugas takut dengan ugutan didunia. Berbahagialah dengan pahala sekiranya keputusan ini benar - benar mengikut hukum Allah.


1 comments:

  1. Assalam

    Mungkin lepas ini hakim letak jawatan sebab gagal memberikan keadilan kepada rakyat....

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>