MEDIA RAKYAT

Friday, January 6, 2012

BERDOSA DAN SIA - SIA SELAMATKAN PEMIMPIN YANG RENDAH MORAL




Berikutan usaha pihak pembangkang untuk adakan perhimpunan besar-besaran untuk menyokong Anwar Ibrahim pada 9hb Januari nanti, banyak pihak melihatnya sebagai satu usaha yang sia-sia dan tidak memberikan faedah kepada rakyat amnya. Selain dari menwujudkan suasana huru-hara dan tidak tenteram, ianya adalah tindakan mereka yang berkepentingan politik semata-mata dan bersifat peribadi. Bagaimanapun mereka menamakannya sebagai perjuangan rakyat untuk meraih sokongan.






Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali BERKATA " BELIAU menolak perhimpunan haram Bebaskan Anwar 901” pada 9 Januari ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.






Mau tidak mau, kita sebagai Orang Melayu Islam menerima hakikat bahawa BERDOSA sekiranya kita membela seorang pemimpin yang rendah moral, pada hal kita sendiri tahu keperibadiannya.






Beliau juga menyatakan, Pemimpin Ulama PAS Malaysia penah mengharamkan ahli - ahli dan penyokongnya menyertai PPERHIMPUNAN SEJUTA UMAT yang ternyata perhimpunan tersebut untuk menyelamatkan Moral dan Aqidah Umat Islam, tetapi hari ini seluruh Pemimpin PAS menghalalkan menyertai perhimpunan untuk menyelamatkan pemimpin yang rendah moral dan tidak mempunyai nilai Islam yang sebenar.






Jesteru itu beliau merayu dan memohon , Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir. Jangan hampiri perhimpunan itu, kerana ianya membawa kesan buruk yang termat sangat.




Beliau juga mengaskan bahawa "beliau tidak akan hadir dan beliau selaku Exco Agama Negeri Selangor nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.






Hassan Ali juga meminta rakyat agar tidak menggangu keputusan Mahkamah Tinggi yang akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan, Biarlah perundangan menetukan siapa yang betul atau tidak. Kita beri kepercayaan penuh kepada hakim yang mahir dengan sistem perundangan dan kita yakin mereka mampu mengendalikan setiap kes. Dalam kes ini Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas. Tegas Datuk Hassan Ali... kenapa kita beriya untuk mempertahankan Anwar, bukan dijatuhi humuman gantung atau bunuh. Kenapa kita tidak mempertahankan individu tertwentu yang ternyata dijatuhi hukuman bunuh atau gantung. Sepatutnya itu yang perjuangankan.






Cukuplah, Anwar telah diberi banyak ruang dan peluang untuk membela diri. Sebanyak 60 kali kes tertangguh untuk Anwar semata - mata untuk memperi pengadilan dan peluang kepada anwar. Rakyat fikirlah.




Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah

1 comments:

  1. diam lebih baik dari berkata2. ambillah yang hak kamu sahaja. banyaklah berdoa.
    wassalam

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>