Atau..... inikah anai - anai yang sebenar? berjayakan Haasan Ali membunuh anai - anai ini?.Zaman kegemilangan Hassan Ali telah berkubur, dimana nama baiknya terpalit titik hitam yang sukar dilupakan dalam sejarah hidup beliau.
Kerana menegakkan Islam, dengan membasmi kemungkaran yang berlaku dan cuba menghapuskan fitnah yang dibawa oleh rakan karib beliau, akhirnya beliau dihina dan dituduh cuba merosakkan perpaduan diantara mereka.
Tindakan Parti yang mengaku Islam terhadap Hassan Ali merupakan tindakan Kaum Yahudi dan Kristian yang tidak suka kepada adanya individu yang menegakkan Islam.
Mereka mengaku Ulama, mereka mengaku Tok Guru dan mengaku Ustaz tetapi oleh kejahilan mereka, mereka sanggup membunuh pejuang Islam yang cuba menghapus kesesatan yang berlaku dalam PAS.
Ahkhirnya Hassan Ali dianggap ANAI - ANAI didalam PAS. Hassan Ali liabeliti kepada PAS dan berbahaya sekiranya menyimpan orang seperti ini. Hakikatnya Hassan Ali tidak pernah menetang perjuangan yang dibwa oleh PAS selama ini, Beliau tetap dengan pendirian beliau bahawa PAS lah yang mampu menegakkan Islam di Negara ini. Tetapi anggapan beliau meleset dan jauh menyimpang sama sekali. Rupanya PAS hanya retorik dan bermuka - muka dengan Agama, Mereka jadikan Agama untuk meraih kuasa rakyat untuk mereka berkuasa.
Dua hari sebelum Hassan di pecat, Beliau telah membuat serbuan keatas pusat hiburan disekitar Kuala Lumpur untuk menghapus maksiat yang berleluasa. Kehadiran beliau atas jawatan Exco Agama tepat pada masanya.
Tetapi sayang, tindakannya itu tersilap langkah kerana menyerbu premis milik pemimpin DAP yang komisyennya dibayar terus kepada Exco - Exco DAP Kerajaan PKR Selangor. Perbuatan Hassan Ali adalah tamparan hebat kepada DAP kerana tidak patuh kepada perjanjian dalam PAKATAN.
Hassan Ali melanggar janji - janji dalam PAKATAN, dengan pelanggaran janji inilah Hassan Ali dianggap ANAI - ANAI kepada Pakatan Rakyat. Sudahlah PAS anggap Hassan Ali Anai - anai dalam PAS, DAP pun beranggapan demikian juga.
Malang sungguh nasib Hassan Ali, kerana Agama Islam beliau ditempelah dan dihina oleh Orang Islam sendiri. Segalanya sudah berakhir..... ANAI - ANAI yang cuba dibunuh oleh Hassan Ali untuk menyelamatkan umat Islam keseluruhan akhirnya beliau menjadi mangsa.
Apa pun Hassan Ali tetap bersyukur, beliau mampu meneruskan perjuangan Islamnya dipentas beliau sendiri. Semangat yang ada tidak luntur, malah dengan pemecatan ini akan menguatkan lagi iltizam yang ada untuk membantu menyemarakkan Islam yang Syumul.

sia-sia perjuangan Hassan ali bersama Pas selama 15tahun ni..Pas sudah lari dari perjuangan Islamnya..Pas hanya mahu kuasa sahaja..Kepada Hassan Ali teruskan perjuangan anda..bawalah bersama pendokong anda..
ReplyDelete