
Negeri Pahang telah bersiap sedia dan telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi musim banjir yang dijangka akan berlaku pada bila - bila masa. Begitu juga dengan bekalan hadapan kepada mangsa banjir didaerah - daerah yang dijangka ditenggelami air telah diagihkan ke pusat - pusat pemindahan untuk memastikan bekalan sampai dalam masa yang diperlukan.
Lebih membanggakan bagi rakyat Negeri Pahang, DYMM Sultan Pahang sendiri telah turun ke padang menghadiri Taklimat Persediaan Banjir di Pahang bertempat di Wisma Sri Pahang semalam. Orang Kedua yang bertanggungjawab kepada masalah rakyat ialah YAB. Menteri Besar Pahang yang turut dimajlis tersebut bagi menyelami permasalahan rakyat sekiranya berlaku banjir.
Dalam taklimat tersebut Tuanku Sultan bertitah " Tamabhan badjet makanan harian mangsa di negeri ini dinaikkan kepada RM 19.00 sehari berbanding RM 15.00 sebelumnya. Penambahan badjet ini bagi menjamin mangsa banjir mendapat keselesaan di Pusat - Pusat pemindahan termasuk peralatan dan makanan.
Tuanku Sultan menyedari rakyat Pahang akan berhadapan dengan kesulitan dan kesusahan apabila berhadapan dengan musibah alam ini, dengan itu Tuanku Sultan meminta Jabatan yang terlibat, NGO - NGO dan individu hendaklah bekerjasama dan memastikan rakyat Negeri Pahang sentiasa terbela walau musibah melanda.
Tuanku Sultan juga berpuashati terdapat penambahan bekalan kepada mangsa - mangsa banjir seperti alat kelengkapan diri, peralatan kebersihan dipusat - pusat pemindahan dan kelengkapan bayi. Disamping itu juga tahap pemakanan untuk mangsa ditambah untuk memastikan rakyat berada didalam kesihatan yang terbaik. Cara dan pendekatan dulu dan sekarang telah berubah, kehendak rakyat perlu diberi keutamaan, cara bekerja dan cara untuk mendekati rakyat juga perlu diubah kerana Tuanku Sultan tidak mahu rakyat cepat terpengaruh dengan pihak - pihak tertentu supaya membenci kerajaan.
Dalam masa yang sama juga YAB.Menteri Besar Pahang meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat jangan terlalu berkira dalam memberi sumbangan kepada mangsa, Beliau tidak mahu perkara sedemikian berulang lagi. Tambah beliau " Rakyat dalam kesusahan perlu dibantu apa sahaja walau melibatkan wang ringgit yang besar, dalam keadaan yang genting, nyawa mangsa perlu diberi keutamaan lebih - lebih lagi mangsa itu kanak - kanak atau bayi yang masih kecil".
Ternyata Tuanku Sultan Pahang benar - benar berjiwa rakyat, dalam kesibukkan mengurus dan mentadbir negeri, Tuanku sempat memikirkan masalah rakyat ketika waktu kesusahan. Seperti di tahun - tahun yang sebelumnya, Tuanku pasti akan menjengah disetiap pusat pemindahan untuk bertanya khabar keadaan mangsa banjir. Tuanku sanggup mengharung banjir lumpur di Sungai Lembing, Bersama rakyat meredah banjir di Perumahan Sungai Isap yang heboh diperkatakan ketika itu kerana kawasan tersebut julung - julung kali menghadapi banjir besar secara tiba - tiba.
Tahun 2010 Daerah Maran dilanda banjir besar, Tuanku bergegas turun ke Daerah Maran untuk berjumpa dengan rakyat untuk meninjau tahap keselesaan rakyat dipusat pemindahan. Pendek kata Tuanku Sulta sentiasa mengambil berat hal ehwal rakyat baik didalam keadaan baik mahupun keadaan darurat.
Disamping menyediakan bekalan hadapan yang mencukupi, Daerah - daerah yang dijangka dilanda banjir, Tuanku menitahkan agar anggota keselamatan mengambil langkah berjaga - jaga dan bersedia untuk membantu mangsa pada bila - bila masa.
Kemudahan logistik dari ATM,Bomba dan Polis juga membantu menguatkan jentera bagi membantu mangsa. Paling mendapat perhatian Tuanku, pihak ATM telah menyediakan 15 buah helikopter untuk membantu mangsa - mangsa banjir dikawasan yang sukar dilalui atau terputus hubungan akibat banjir.
0 comments:
Post a Comment