Anwar selaku Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang kepada PR di Dewan Rakyat dilihat semakin merosot kepimpinannya dan populariti jatuh merudum angkara diskriminasi politik dalam diantara Pakatan Pembangkang dan juga didalam PKR. Anwar tidak dapat melepaskan dirinya dari cengkaman DAP dalam membuat keputusan. Pelbagai campurtangan politik dalam PKR juga membuatkan Anwar pening untuk membuat keputusan. Ini menjurus kepada konflik politik yang berpanjangan. Ramai dikalangan pemimpin PKR terutama Ketua Cabang di Negeri - Negeri seakan tidak berpuashati dengan birokrasi yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim.
Terbaru Anwar telah mengeluarkan surat Tauliah Perlantikan sebagai Calon kepada kroni - kroninya di setiap Cabang di Negeri - Negeri. Tauliah itu merupakan sebagai gimik oleh Anwar untuk meraih sokongan dan juga meminta Ketua Cabang berkenaan secara terus menerus memainkan peranan untuk menguatkan PKR dan menaikkan nama Anwar keseluruh negara.
Dengan pengeluaran surat tauliah itu terdapat segelintir Pemimpin Cabang tidak berpuashati kerana ianya melibatkan kroni rapat Anwar sahaja. Ini membuktikan bahawa Anwar hanya akan menaikkan kroni rapat dalam PRU ke 13 untuk memastikan sokongan kepada beliau tidak berbelah bagi.
Kelemahan yang paling ketara dan kesilapan besar yang dilakukan oleh Anwar dalam politik PR ialah PKR cuba menguasai kerusi - kerusi PAS di setiap Parlimen. Surung tarik diantara PAS dan PKR kini ditahap kritikal. PAS tetap mempertahankan kerusi yang pernah ditandingi walau pun PAS merasakan kerusi itu tidak boleh dimenangi.
Dalam soal pembahagian kerusi ini juga peranan DAP diperlukan oleh PKR untuk menjadi orang tengah. DAP telah memberi kata dua kepada PAS, DAP tidak teragak - agak menggunakan isyarat kepada ahli - ahli DAP diseluruh negara agar tidak lagi menyokong PAS malah akan merosakkan undi yang ada pada ahli DAP. Banyak kerusi yang dimenangi oleh DAP dalam PRU ke 12 yang lalu disokong dan dibantu oleh DAP kerana undi sebahagian masyarakat Cina tidak menyebelahi BN.
Perlu diingatkan kenapa DAP benar - benar beriya agar kerusi PAS dikawasan Cina diberi kepada PKR?. Jawapanya amat mudah, DAP meminta Ketua Umum PKR. Anwar Ibrahim agar meletakkan calon PKR terdiri dari Orang Cina untuk bertanding dikawasan yang majoritinya masyarakat Cina.
Terserlah kecerdikkan DAP dalam berpolitik dengan PKR dan PAS. Nampak sangat DAP mencari keuntungan diatas kelemahan Anwar. Bagi Anwar akan melakukan apa sahaja asalkan beliau terus berkuasa dalam PKR untuk meneruskan usaha beliau ke Putrajaya.
Itu isu politik...... bagaimana pula isu peribadi anwar yang semakin hari semakin jelas kejelekkannya. Penglibatan Anwar didalam video lucah tidak dapat dielakkan, walaupun video itu telah dinafikan oleh Nik Aziz Selaku Ulama. Pengakuan rakan karib Anwar, Datuk Eskay menguatkan lagi hujjah yang sememangnya Anwarlah yang melakukan sex dengan perempuan Cina tersebut.
Begitu juga Kes liwat yang telah sampai kepenghujungnya, segala fakta dan hujjah mahkamah menunjukkan Anwar melakukan liwat (sodomi) keatas pembantu beliau, Saiful Mukhari Azlan. Sumpah dan pengakuan Saiful sudah cukup untuk membuktikan bahawa Anwar seharusnya dijatuhi hukuman yang setimpal.
Sekiranya semua ini berlaku, ini menunjukkan bahawa Anwar semakin hilang sokongan dan semakin hilang pengaruh didalam PKR dan juga PR. Timbul persoalan, siapakah yang bakal menganti Anwar sekiranya Anwar sdisumbat kedalam penjara?.... Adakah Azmin akan mengambil alih tugas Anwar?.... rata - rata kepimpinan PKR menolak Azmin kerana Azmin lemah dan tidak tahu memimpin.
Sekiranya Anwar berda ditirai besi....... Adakah kesemua jawatan penting Anwar diserah semula kepada Wan Azizah?...... Ini parti anak beranak ker? atau parti Anwarsime?......
Hanya yang bodoh sahaja akan menyokong keluarga Anwar..... sedangkan ramai lagi yang boleh memimpin PKR..... setidaknya panggil semua Zahid Ibrahim kembali ke PKR untuk menerajui PKR.
0 comments:
Post a Comment