MEDIA RAKYAT

Tuesday, November 15, 2011

PKR DESAK PAS BERHUBUNG KONTROVERSI DAP DALAM SOAL HUDUD

"........Saya tidak kisah kalah DAP benar - benar hendak keluar dari Pakatan Pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian PAS mengenai pembentukkan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud, PAS tetap dengan prinsip perjuangan dan tidak akan tunduk dengan tekanan mana- mana parti Pakatan".

- Tok Guru Nik Aziz Nik Mat



Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS tetap akan melaksanakan HUDUD di Kelantan sebagai perintis kepada pelaksanaan Undang - Undang Islam sekiranya PAS berjaya menguasai Putrajaya. PAS tetap dengan prinsip perjuangan akan meneruskan hasrat ini walau ditentang oleh rakan parti dalam Pakatan Pembangkang.


Nik Aziz dengan kuasa yang ada akan cuba mempengaruhi pihak tertentu untuk menggunakan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Hakim Mahkamah Syarie Kelantan untuk memasukkan senarai hukum supaya mahkamah Syarie menggunakan akta ini, apabila berkalu kes dimahkamah.


Walaubagaimana pun, PKR dan DAP beranggapan cadangan itu sebagai pandangan peribadi Nik Aziz, rakyat Kelantan telah memberi ruang kepada Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan pada tahun 1993 supaya Hudud dilaksanakan. Namun hingga kehari ini ianya tidak dapat dilaksanakan kerana alasan yang diberikan oleh MB Kelantan kepada rakyat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


Dalam masa yang sama PKR telah mendesak agar Nik Aziz lebih berhati - hati dalam mengeluarkan kernyataan berhubung Hudud dan Negara Islam. PKR tetap menentang perlaksanaan ini demi menjaga hubungan dengan DAP. PKR Mohon kepada Majlis tertinggi PR akan membincangkan perkara ini sebelum NIK Aziz mengarahkan Majlis Hal Ehwal Agama Negeri Kelantan dan Hakim Mahkamah Syarie Kelantan memasukkan hukum ini sebagai akta untuk dikuatkuasa.


Anwar selaku Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR telah berjanji kepada DAP akan sedaya upaya memberi dekanan kepada PAS supaya hukum Hudud ini tidak dimasukkan dalam kempen menjelang Pilihanraya. Anwar tidak mahu kerana dengan strategi ini PR akan hilang sokongan dari pengundi bukan Melayu.


Dalam masa yang sama juga, Karpal Singh telah memberi kata dua kepada PAS, DAP sanggup bersendirian dalam PRU ke 13 demi mengekalkan kerusi yang mereka menangi. DAP telah membuat kajian diperingkat akar umbi bahawa kaum Cina dan India yang pro pada DAP sensitif dengan cadangan PAS berhubung isu hudud dan negara Islam. Rata - rata kajian rambang bersetuju DAP keluar dari Pakatan Pembangkang asalkan tidak bersekongkol dengan Islam.


Karpal Singh meminta Pakatan Pembangkang tidak harus membiarkan usaha PAS ini, PAS perlu membuat pendirian rasmi dalam masa yang terdekat ini sekiranya ingin melihat DAP masih bersama Pakatan Pembangkang.


PAS perlu konsisten dalam membuat keputusan, perlu membuang hasrat untuk negara Islam dan perlu menumpukan kepada Negara Berkebajikan. Kerana isu - isu ini akan timbul kekangan dan halangan antara parti untuk mengwujudkan persefahaman seperti sebelum ini.


Dengan ini jelas sekali PKR sebagai orang tengah dalam Pakatan Pembangkang memberi nasihat kepada PAS supaya memikir jalan yang terbaik untuk mengekallan hubungan dan kuasa yang ada disetiap negeri. Anwar Ibrahim dalam nada sinis meminta PAS mengurangkan politik Agama ini menakutkan DAP dan juga penyokong bukan Islam dalam PKR.

1 comments:

  1. Waders thus dampened should be opened and hung up so the air can get at them.Hogan Australia Women's Lynnea Clog As pointed out above, Abercrombie and Fitch hogan outlet has significantly expanded their offerings more than the years.Although waterproof hogan may be synonymous with horrible weather and thunderstorms, Onitsuka Tiger Shoes the.Each country often has a juvenile system and the youth hogan camp plays an important role in it.within a nutshell - if you like to maintain on best of trends and you are an early adopter using the product lifecycle, then HOGAN is for you. Franklin and Marshal A woman will usually have two or three hogan shops in one geographic area that she prefers to buy hogan.

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>