" Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada Kerajaan Kelantan. Ini membuktikan Allah menolong kita dan Kerajaan Kelantan dengan menambah lagi rezeki untuk sama - sama kita belanjakan ".- Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
Lombong bijih besi di Kampung Lubuk Setol diatas tanah milik Kerajaan seluas 17.28 hektar telah diserahkan oleh Nik Aziz kepada kroni beliau Dato' Razali Daud yang juga pengerusi kepada Syarikat Interbumi Mining Sdn Bhd yang baru ditubuhkan.
Syarikat yang dianggarkan memperolehi keuntungan sebanyak RM140.000.00 sebulan itu akan membiayai segala aktiviti PAS di Kelantan dan juga akan membiayai perbelanjaan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang.
Nik Aziz berkata," inilah sumbangan Kerajaan kepada parti , yang banyak berjasa kepada Kerajaan Kelantan. Limpahan hasil ini akan dinikmati oleh rakyat Kelantan juga dan akan mengagihkan hasil ini PAS - PAS di Peringkat Bahagian dan Cawangan " .
Dimajlis perasmian tersebut, syarikat berkenaan telah memberi pendahuluan kepada Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan untuk diagih kepada ahli sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. Pengerusi syarikat Berkenaan Dato' Razali Daud meyakinkan kepada Menteri Besar Kelantan bahawa segala hasil ini akan diurus dan ditadbir dengan baik demi kepentingan Kerajaan PAS Kelantan.
Jelas sekali, PAS juga merompak hasil dan khazanah rakyat untuk perjuangan peribadi. Tidak cukup dengan itu Nik Aziz juga mengamalkan kroni dengan memberi lesen perlombongan tersebut kepada ahli perniagaan yang beselindung disebalik parti PAS.
Sekiranya PAS dan Kerajaan Kelantan telus dalam soal pemberian kawasan lombong dan lesen perlombongan, Nik Aziz jangan menganggu tugas apabila pegawai SPRM datang meninjau projek berkenaan.
Dalam soal ini, UMNO Kelantan perlu memantau bagaimana lesen perlombongan ini begitu mudah diberi kepada individu tertentu tanpa mengikut saluran yang ditetapkan.
Walaubagaimana pun rakyat masih mengharap dari hasil perlombongan itu digunakan untuk rakyat. Sekiranya segala hasil yang diperolehi disalah guna, rakyat tidak teraga- agak bangun memberontak dan menuduh Kerajaan Kelantan yang betopengkan Islam menzalimi rakyat secara senyap.
0 comments:
Post a Comment