MEDIA RAKYAT

Tuesday, November 22, 2011

KEPURAAN, KEPALSUAN DAN RETORIK BUKU JINGGA - Radiasi kepada rakyat




Setelah 53 Badjet yang dibentangkan, Falsafah 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN kemudian disusuli dengan perlaksanaan Program Traformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, Tranformasi Kerjaaan (GTP), dengan 7 NKRA, dan dengan Modal Baru Ekonomi dengan 8 siri telah menafikan segala angan - angan Pakatan Rakyat dalam BUKU JINGGA yang penuh dengan fantasi semata - mata untuk menghiburkan kepalsuan kepada rakyat.


Seperti yang dijangkakan, media arus Pakatan Pembangkang akan mengungkapkan pemikiran dan laporan yang dangkal serta berat sebelah, penuh dengan imaginasi terhadap rakyat dengan mengula - gulakan angkat yang besar dengan puluhan billion perbelanjaan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat.


Pendidikan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan untuk meletakkan dasar dan perlaksanaan serta amalan pemimpin yang dicontohkan kepada rakyat. Pakatan Pembangkang telah gagal mendidik sebahagian Melayu didalam PKR dan PAS sehingga menjadi pencacai dan pengacau serta pengganggu ketenteraman. Sepanjang pemerhatian rakyat, Pakatan Pembangkang tidak pernah membawa satu ideal yang boleh menusuk kalbu rakyat, malah sentiasa menimbulkan kekacauan pemikiran dan menganggu tugas - tugas kerajaan dalam pelaksanakan pembaharuan kepada rakyat. Ia nya tidak ubah melewati batas hak-asasi manusia untuk bersuara dengan aman. Seluruh dunia diperlihatkan betapa sebahagian sikap Pemimpin Pembangkang bersikap kekontangan nilai, adab dan tamadun – serta membawa imej buruk kepada rakyat Malaysia.


Istilah pembuat kacau, penyangak dan buli yang bertujuan untuk memberi kesan yang buruk kepada Kerajaan dan Negara adalah pemimpin yang tiada nilai - nilai peradaban yang tinggi berbanding negara - negara barat walau tidak terdidik dalam Islam yang syumul namun perangai dan naluri mereka lebih tinggi dari Pemimpin Islam dalam Pembangkang di Malaysia.


Melalui Budjet 2012 YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah memadamkan segala retorik, kepalsuan dan kepura - puraan BUKU JINGGA yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit siang. Budjet 2012 adalah untuk kesejateraan rakyat semata - mata. Kerajaan Hari ini adalah kerajaan untuk rakyat. Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab Kerajaan. Dari sekecil - kecil rakyat sehinggalah sebesar - besar pangkat dan darjat tanpa mengira fahama politik agama dan bangsa Budjet 2012 akan direalisaikan demi kesejhateraan rakyat Malaysia.


Berikut adalah ringkasan Badjet 2012 yang perlu dihebahkan kepada rakyat dan bahawa BUKU JINGGA TERBITAN PEMBANGKANG perlu dinafikan kerana ianya adalah sebagai cetakan seperti surat khabar yang tiada nilai dipasaran. Rakyat perlu tahu apa yang dibelanjakan oleh Kerajaan untuk rakyat. Inilah angka - angkat yang rakyat perolehi dari BUDJET 2012: -


1. Bantuan persekolahan sebanyak RM 100 kepada 5.3 juta pelajar dengan kos RM530 juta


2. Baucer buku percuma RM 200 - kepada 1.3 juta pelajar IPTA/IPTS berjumlah RM260 juta


3. Bantuan RM 500 kepada Ketua isi rumah berpendapatan kuran RM 3000 - melibatkan 3.4 juta penduduk dengan bnilai peruntukkan 1.8 billion.


4. 1 billion ringgit untuk Program Khas pembangunan kemudahan Awam Desa


5. 200 juta untuk melatih belia yang tidak meneruskan pengajian persekolahan.


6. RM 320 juta untuk latihan kemahiran, program kepimpinan, keusahawan Peringkat Daerah dan Negeri termasuk sumbangan kepada MBM dan MBN Negeri.


7. Banyak lagi kebaikkan untuk rakyat tidak dapat dinyatakan walaubagaimanapun BUDJET 2012 merangkumi untuk rakyat seperti Keselamtan, hospital, emolumen, Pencen dan ganjaran, bekalan dan perkhidmatan, Subsidi, Perkhidmatan sosial dan Pengangkutan semuanya menjadi agenda kerajaan kepada rakyat.


Oleh itu, Marilah kita mengimbas kembali jasa dan perjuangan pemimpin UMNO dan BN. Marilah kita selesaikan masalah politik ini dengan penuh bijaksana. Berwaspadalah dalam kita menarik rambut dalam tepung. Berhati - hatilah kalau hendak membunuh ular. Jangan kita redhakan pengkhianat menjadi pemimpin walaupun beliau itu Melayu dan Islam. Selagi nama pengkhianat kita mesti tentang habis - habis, kerana mereka mempunyai niat yang buruk disebalik politik mereka.


Jangan jadikan kenyataan mereka untuk memerintah Malaysia dalam masa setahun dua ini. Jangan redhakan senario ini berlaku. Melayu harus bersatu dan kembali kepada perjuangan asal. Melayu harus berpadu dalam politik untuk mengangkat martabat melayu.


0 comments:

Post a Comment

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>