Tuanku ALSultan Kelantan benar - benar murka dengan pentadbiran Datuk Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan kerana mengalami defesit yang tinggi dalam sejarah Negeri Kelantan. Kemurkaan Tuanku Sultan Kelantan dizahirkan didalam titah baginda di sidang DUN Kelantan baru - baru ini.
Tuanku Sultan Kelantan benar- benar murka dengan Pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan yang hanya pandai berpolitik sepanjang masa dengan bermodalkan Agama Islam untuk menarik dan menambah penyokong. Sedangkan Nik Aziz sendiri tidak tahu untuk mencari dan menambah sumber untuk kekayaan negeri.
Tuanku Sultan Kelantan melihat Nik Aziz terlalu boros dalam berpelanjaan yang bukan untuk kepentingan rakyat. Yang peliknya bagi Tuanku, la[poran menyatakan perbelanjaan untuk membaiki kemudahan asas untuk rakyat melebihi RM300j tetapi tidak nampak satu pun infrastruktur yang dibaik pulih atau dibina baru.
Sebagai contoh, Kerajaan PAS kelantan menyatakan banyak jalan - jalan kampung telah dibaik pulih, balai - balai raya dan dewan serbaguna serta sistem perparitan telah diperbaharui, namun hakikat sebenarnya tiada satu pun perubahan yang dibaiki untuk rakyat.
Kerajaan Negeri telah berbelanjaan melebih kemampuan, banyak projek - projek kecil diberikan atas dasar penyokong PAS bukan kerana kontraktor Kelas F yang mampu membuat kerja. Banyak kerja - kerja di Pejabat Daerah semuanya diagihkan kepada penyokong PAS dengan menggunakan surat Menteri Besar Kelantan, hasil dari itu ternyata banyak kerja - kerja yang diberikan melebihi kos dari kerja yang sebenar.
Sebagai contoh juga, Pejabat Menteri Besar sendiri telah menggunakan wang perunttukan dari duit rakyat untuk membiayai Program PAS seperti sumbangan untuk mengadakan ceramah umum parti dan perjumpaan pemimpin - pemimpin di beberapa jajahan terbasuk di kawasan Menteri Besar sendiri.
Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh setiap Pejabat Tanah Jajahan, peruntukan wang rakyat banyak digunakan untuk disalurkan kepada Parti PAS untuk kegiatan aktiviti diperingkat Jajahan, Mukim dan kampung - kampung. Pegawai - Pegawai Kerajaan seolah - olah tiada kuasa untuk menghalang dari pembaziran ini kerana ada arahan dari VIP tertentu dari Pejabat Menteri Besar.
Dengan itu, memang tepat dan kena pada masanya AlSultan Kelantan murka dan memberi peringatan kepada NIK Aziz supaya jangan terlalu menggunakan kuasa merompak wang rakyat Kelantan. Tuanku Sultan sedar Kelantan tidak mempunyai sumber pendapatan yang tinggi oleh itu perlu berlanja secara berhemah dan mengikut kesesuaian dan keadaan.
Tuanku Sultan menitah kepada Nik Aziz supaya memperbagaikan aktiviti ekonomi negeri untuk kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri seharusnya memikir bagaiman untuk menambah sumber kewangan bukan menghabiskan apa yang ada.
Tuanku kecewa dengan kebodohan Menteri Besar Kelantan yang hanya pandai berpolitik tetapi bodoh dalam ekonomi. Kekecewaan ini bukan saja dirasaioleh Tuanku malah rakyat Kelantan sendiri telah melahirkan rasa dukacita dengan perlakuan Nik Aziz yang terlalu boris dengan wang rakyat.
Here are my reasons.though Hogans have stimulated a million dollars imitations, Hogan Sneakers the originals are even now the greatest.For the modern, fashionista in you, take a look at their new wedge heel designs.If they are not water proof, you would need to take an extra step in doing that on your own.What's more, Franklin Marshall Clothes seldom people will be dynamic in cold weather.In order to work as intended, snowhogan must not be allowed to accumulate snow on the tops.From Converse styles to lightweight hogan, D&G glasses plimsoll hogan really have it all this spring.
ReplyDelete