
Benar atau tidak benar Hassan Ali akan meninggalkankan sebelum PRU ke 13 itu bukan urusan kita, tetapi angin yang betiup kencang dari rakan rapat YB.Datuk Haasan Ali , mengiya perkara tersebut. banyak faktor Hassan Ali akan meninggalkan PAS yang semakin hari semakin jelas perjuangan beliau dengan PAS telah menyimpang jauh.
Faktor politik adalah faktor utama Hassan Ali merajuk hati dengan pemimpin PAS. Dari tindakan dan cara kerja Hassan Ali tidak disenangi oleh sesetengah pemimpin PAS. Hassan Ali yang merupakan Exco Selangor dari calon PAS gagal menjaga kebajikan Parti. Beliau dilihat lebih selesa bergerak bersendirian daripada diekori oleh orang PAS. Dengan kuasa yang ada ditangan Hassan Ali, beliau dilihat tidak membantu PAS sedangkan Pas telah berhabisan membantu beliau menang sebagai Calon PAS di Selangor.
Ura - Ura kerusi Hassan Ali akan diganti dengan orang lain juga bertiup kencang. PAS juga telah menamakan individu tertentu untuk menganti beliau dan PAS yakin dengan penganti Hassan Ali ini PAS akan mendapat suntukan dari Kerajaan Negeri Selangor untuk PAS terus berkembang di Selangor.
Hassan Ali tidak kisah samada beliau di calonkan atau tidak , ataupun beliau disingkirkan dari PAS. Bagi Hassan Ali sebelum beliau dimalukan, baik beliau bersiap sedia mengistiharkan dirinya keluar PAS bagi menyatakan bahawa pendirian dan perjuangan beliau tidak seiring dengan kemahuan PAS.
Hassan Ali merasa terpinggir didalam PAS dalam isu serbuan sebuah gereja DMUC di Damanasara. Rentetatan dari isu itu Hassan Ali telah ditempelak oleh pelbagai pihak kerana tidak sehaluan dengan Menteri Besar Selangor dan tidak mengikut arahan PAS Pusat. Bagi Hassan Ali isu memurtadkan orang Islam adalah satu tanggungjawab besar yang perlu diambil tindakan oleh beliau selaku Exco Agama di Negeri Selangor. Tugas perlu dijalankan demi menjaga maruah dan kepentingan Agama Islam di Selangor dan juga di negara ini.
Hassan Ali mempertahankan JAIS adalah satu pukulan yang maha hebat buat DAP dan juga PAS. Dalam mesyuarat tertutup bersama DAP, PAS dan Menteri Besar, mereka semua komited bahawa isu itu dapat dirunding dengan JAIS dan dianggap selesai. Namun semua itu dinafikan oleh Hassan Ali demi tugas JAIS dan beliau selaku Pengerusi Agama.
Tindakan Hassan Ali mendapat restu dari Sultan Selangor dan Sultan Selangor juga mempertahankan tindakan Hassan Ali membuat serbuan terhadap Gereja tersebut. Dengan kenyataan ini maka isu itu bertambah parah apabila Pensyarah UIA, Aziz Bari menyanggang titah Sultan Selangor seolah - olah membenarkan Orang Islam dimurtadkan.
Paling ketara Hassan Ali dituduh Agen UMNO apabilah Hassan Ali menghadiri Himpunan Sejuta Umat yang di anjurkan oleh Pertubuhan NGO. Pas awal - awal lagi membuat kenyataan tidak akan bersama dalam himpunan tersebut dan mengeluarkan arahan kepada semua Ahli PAS supaya tidak menyertai himpunan itu.
Tetapi sekali lagi Hassan Ali selaku Enxco Selangor, pergi demi tugas yang dipikul, beliau juga terpanggil untuk menmyelamat aqidah Umat Islam yang telah dipesong oleh Kristian. Dalam himpunan tersebut Hassan Ali sebak membacakan doa didepan puluhan ribu peserta. Hassan Ali bersyukur anak muda yang terdiri dari umat Islam telah sedar bahayanya Gereja mencampur adukkan dalam politik. Gereja dan Kristian telah dibawa oleh DAP dan PKR dalam kancah politik untuk menjatuhkan Islam.
Hassan Ali cuba menyedari perkara ini kepada Umat Islam seluruhnya, pendirian veliau dalam soal ini tidak boleh bertolak ansur, beliau lebih rela kehilangan kuasa daripada kehilangan maruah dan Aqidah umah Islam.
Dan hari ini, sekali lagi, Hassan menyembah derhaka kepada PAS dan juga Menteri Besar Selangor terpaksa bersama UMNO untuk membantah Forum Gay,Lesbian dan Transgender yang dipengerusikan oleh Ambiga. Hassan Ali mengapkan Ambiga seorang manusia yang kurang waras dan berfikiran binatang dan lebih ganas dari seekor singa betina.
Ambiga benar- benar mencabar maruah Islam, bertembungan Budaya dan agama telah berlaku dan ini amat merbahaya kepada negara, perpaduan dan keharmornian kaum tidak wujudkan lagi walau Kerajaan cuba merapatkan jurang tersebut.
Hassan Ali juga berkata " adalah satu penghinaan terhadap maruah Negara apabila terdapat program yang menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender di Negara ini dan ianya akan mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia ".
Menurutnya lagi " Forum ini akan membawa kita ke terbelakang seperti kaum jahiliah dan lebih ganas dari itu, ianya seperti haiwan yang berfikiran kebinatangan yang hanya mementingkan hawa nafsu demi memuaskan naluri hidup di dunia".
Segala apa yang berlaku di Selangor adalah tanggungjawab yang perlu diselesaikan sebelum beliau mengucapkan Selamat tinggal kepada PAS. Beliau juga meneru supaya rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender perlu ditentang habis habisan demi maruah Islam, demi Aqidah Umat Islam dan demi menyelamatkan negara dari timpa bala dari Allah swt.
Salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini.
ReplyDeleteTerima Kasih..http://klboyzwangsa.blogspot.com/
kompom pasti menyesal dato hasan ali sekarang ni masuk pas.. nak keluar kompom tak boleh sebab ada bai'ah..nanti tak pasal2 bercerai talak 3 ngan bini dia
ReplyDeleteThis post is really nice. Few months back I applied for an unsecured loan on a website and they provided that loan to me shortly with a lower rate of interest. They have an special offer for bad credit people. They provide 3 month payday loans people also.If you are also interested in an payday advance loan please apply here at- payday loans london.
ReplyDeleteCustomized women's leather jackets are supposed to north face jackets give you not just the perfect fit but also the perfect style and color that suits your taste. When you decide to have your jackets customized, Moncler Outlet you need to find the right maker who can do it well for you. You have to make sure that your jackets can be worn along with your other wardrobe for every occasion. The North Face Sale This will make you investment for customizing jackets very practical and cheaper in the long run.
ReplyDelete