MEDIA RAKYAT

Friday, November 4, 2011

BANJIR MELANDA LAGI - UMNO bantu mangsa tak kira siapa




UMNO sebuah parti yang mengutamakan rakyat tanpa mengira kepentingan parti atau fahaman politik.



YAB.Perdana Menteri sebelum berlepas di Tanah Suci Mekah sempat berpesan kepada Pegawai dan Menteri yang terlibat dengan urusan banjir supaya memberi perhatian yang khusus bagi menyelaras bantuan kepada mansa banjir terutama di Negeri Pantai Timur Kedah dan Perlis.



Ternyata setiap kali banjir melanda UMNO merupakan bekalan hadapan yang pertama sampai di rumah - rumah mangsa dan juga di pusat - pusat pemindahan banjir. UMNO Berjaya membuktikan bahawa ia sebuah parti yang benar - benar membuat kerja bukan sebuah parti yang cakap tak sepa bikin.



Sebagai parti yang tahan selama 53 tahun telah masak dengan permasalahan rakyat, kematangan dalam menghadapi situasi buruk juga telah menjadi asam garam apabila berhadapan dengan rakyat yang dalam kesusahan. Ternyata kebajikan yang dihulurkan kepada rakyat terserlah tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.



Tidak seperti PKR dan PAS yang hanya mencari orang - orang tertentu sahaja di pusat pemindahan untuk menyalurkan bantuan. Dengan berbekal sekilo gula, sekampit berat dan sebidang tikar sumbangan itulah yang diberikan kepada penyokong - penyokong mereka sedangkan mangsa - magsa lain hanya berputih mata melihat sumbangan tersebut.



Jauh dengan sikap UMNO, UMNO tidak berdendam, dalam hati UMNO mereka semua dalam kesusahan dan wajib dibantu. Ada kala UMNO terpaksa menyurung pipi untuk membantu, itulah sedangnya keperihatinan UMNO dalam menghadapi mangsa - mangsa banjir.



Teringat kepada kejadian banjir besar pada tahun 2001, boleh dikatakan seluruh negeri dilanda banjir. Kerajaan telah mengumumkan bantuan khas RM 500.00 kepada keluarga yang terlibat dengan banjir. Kerajaan menyalurkan bantuan tersebut kepada seluruh rakyat.



Tetapi disebalik bantuan itu, Orang UMNO hanya berdiam diri melihat gelagat penyokong pembangkang yang bertempik apabila bantuan lambat diserahkan. Orang UMNO berbaris dibelakang tetapi orang PAS yang berbaris dahulu untuk menerima duit Kerajaan.



Orang - Orang Dengan bangga dan muka tidak malu menadah tangan meminta sedekah kepada Kerajaan ketika itu, dalam masa yang sama mereka ini lah yang menjadi petualang dan perosak Agama Bangsa dan Negara.



UMNO tetap membantu, bantu selagi berdaya. UMNO tanpa mengiri waktu, masa dan ketika UMNO sedia berkhidmat. Keperihatinan UMNO perlu diteruskan walau dicaci dimaki dengan perlbagai kata nista yang boleh menyentuh perasaan.



UMNO perlu meneruskan gerak kerja, Istilah " UMNO BOLEH DIHARAP " perlu diteruskan bagi mamatikan usaha PAS yang berlagak depan layak untuk meraih populariti. UMNO perlu melakukan sentuhan yang jauh lebih baik dari PAS, bukan sekadar bergambar untuk dimuatkan kedalam HARAMKAH.



Situasi ini akan memberi kelebihan kepada UMNO dalam menghadapi PRU ke 13 dimana imej dan persektifnegatif rakyat kepada UMNO boleh dihapuskan bertukar menjadi positif dimata rakyat.

2 comments:

  1. Measure your bare foot from collezione hogan heel Moncler Outlet to the longest toe or you can place your bare foot against the wall then using a pencil mark the top of your toe and acquire correct measurement.It is really difficult to find a suitable pair of hogan, Belstaff Clothing so be sure to try wearing the hogan again and again until the appropriate pair turn up.Light in weight and unique in style these hogans maximizes comfort level and mark Nike Air Max Shoes their advent as one of the trendiest statement pieces in today's world of fashion.With a clear scientific research it has been found that light hogan are of great help in toning your muscular activity and ensures correct posture while standing or at work.If you do use anything damp when cleaning, Belstaff Mens Bags let your hogans dry out thoroughly before applying any type of wax or oil to them.

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>