MEDIA RAKYAT

Monday, October 31, 2011

PAS SEMAKIN DIRAGUI PENGIKUT ANGKARA ANWAR

"Sistem dua parti adalah penting untuk PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kerana ia akan memudahkan usaha bersama untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya, Hanya dengan sistem dua parti PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh berdiri di bawah satu simbol seperti yang dilakukan oleh parti-parti komponen BN semasa pilihan raya,"

- Mustaffa Ali


Semakin hampir dengan PRU, pelbagai strategi Anwar gunakan diatas platform PAS untuk mengukuhkan kuasa dan kedudukan. Percaturan Anwar dan PAS telah menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli-ahli PAS. Mustaffa Ali berkata, " jentera maklumat yang parti itu telah diarahkan untuk menyebarkan maklumat ini supaya anggota akar umbi lebih memahami agar dapat berkerjasama politik dengan sekutu-sekutunya yang tidak semestinya berkongsi paksaan agama mereka.


Anwar benar - benar ingin melaksanakan sistem dua parti kerana hanya dengan sistem dua parti PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh berdiri di bawah satu simbol seperti yang dilakukan oleh parti-parti komponen BN semasa pilihan raya. Tetapi apakah motif sebenar disebalik perancangan Anwar ini. Adakah PAS faham dengan niat Anwar ini?......


Dalam isu ini, Nik Aziz telah menanamkan keyakinan dalam hati pengikutnya sesiapa yang mengundi PAS akan mendapat pahala dan jaminannya adalah surga. Tetapi dinafikan oleh Haji Haji Awang, Presiden PAS kenyataan itu dengan menyatakan tidak ada negara Islam dalam Al Quran yang menjaminkan ahli dan penyokongnya dapat masuk surga dengan mudah apabila mengundi PAS dengan melainkan memperjuangkan Negara Berkebajikan.


Timbul persoalan besar yang perlu dijawab oleh Nik Aziz, MASIH ADAKAH LAGI PAHALA APABILA MENGUNDI PAS APABILAN PAS KINI SUDAH BERSAMA DAP YANG AMAT NYATA DAP MENENTANG ISLAM DAN MENOLAK UNDANG - UNDANG ISLAM DITEGAKKAN? Kini ramai ahli PAS yang keliru dengan kenyataan - kenyataan pemimpin mereka dalam isu SISTEM DUA PARTI. Ahli PAS melihat PAS kini telah hilang arah perjuangan yang sebenar, perjuangan PAS hari ini benar - benar bercanggah dengan perjuangan untuk menegakkan Islam yang syumul.


PAS beranggapan sistem DUA PARTI yang diperkenalkan oleh Anwar adalah yang terbaik dan mesti dilaksanakan menjelang PRU ke 13. Timbul lagi persoalan dikalangan ahli PAS, Dimana letaknya AMANAH HAJI HAJI yang dikeluarkan pada 7 April 1981 dengan mengkafirkan UMNO kerana UMNO bersekongkol dengan Orang kafir MCA dan MIC?.


Hasil dari Amanat Haji Haji, Umat Islam berpecah belah, berlaku sembahyang dua imam, suami isteri bercverai kerana berlainan fahaman politik, Orang PAS tidak boleh makan hasil sembelihan orang UMNO.... Apakah ini Islam yang diperjuangkan oleh PAS, apakah PAS telah lupa dosa - dosa besar yang dilakukan kepada Orang Melayu?.


Pendek kata perjuangan PAS kini telah jauh terpesong dari yang sebenarnya. Aqidah PAS kini hanya berpegang kepada BANGUNAN PUTRAJAYA. Aqidah ini telah berjaya ditanam oleh Anwar didalam hati Nik Aziz dan Haji Hadi. Anwar berjaya mengajak kedua - dua pemimpin PAS ini bertuhankan BANGUNAN PUTRAJAYA.


Sekiranya Putrajaya berjaya dijejaki oleh Sistem dua parti ini, adakah Anwar akan mengizinkan Undang - Undang Islam dan Hukum Islam dilaksanakan disini? Adakah Anwar merestui Islam menjadi tonggak kepada DAP?.... Apakah DAP akan berdiam diri dengan tindakan pemimpin Islam menegakkan Islam di Putrajaya?.


PAS sebenarnya perlu ikhlas jika bersungguh - sungguh ingin melaksanakan hudud di Putrajaya bukannya untuk mencari pengaruh politik menjelang pilihanraya. Jangan jual agama demi kepentingan politik, semua ini menambahkan dosa yang tidak tertanggung selaku pemimpin.


Kita sebagai umat Islam harus menggunakan akal dan fikiran yang waras untuk menilai pemimpin - pemimpin yang mengaku Islam tetapi lebih teruk dari Orang Kafir. Islam mereka hanya di lidah tetapi hatinya penuh dengan niat kotor untuk mencari kuasa dan pengaruh.


Seharusnya kita wajib menolak pemimpin yang bersekongkol menggunakan Islam tetapi hakikat sebenarnya membenci Islam. Memadailah memberi ruang dan peluang kepada Kerajaan yang terbukti bijak dalam mengurus tadbir negara dan Agama.


Walau pun Kerajaan tidak menggunakan isu agama untuk berkuasa, namun Islam dan semua agama lain subur , aman dan tenteram dibawak Kerajaan BN. Kerajaan tidak menghalang mana - mana Agama untuk diamalkan, malah rakyat jauh lebih selesa dengan penghidupan hari ini.




1 comments:

  1. These boots are made of sheepskin and of unisex variety. babyliss pro flat iron Ugg boots take place to appear to be utilized inside the countryside regions of Arctic Circle and China. They take place to appear to be critically normal shoes between the sheep shearers as they certainly not ran besides its resource. Yamaha Fairings The sheepskin made it at ease and protected them from chilly surroundings when engaged in outside activities. Onitsuka Tiger Shoes The Ugg boots made a gradual escape within your path using the mainstream.

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>