MEDIA RAKYAT

Saturday, October 22, 2011

ITU URUSAN UIA .... klau orang biadap kita kena kurang ajar

Dr Aziz belum disabit kesalahan, itulah kata Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin. Berilah peluang kepada pihak pengurusan UIA untuk membuat keputusan berikutan kenyataan biadap pensyarah UIA Dr. Aziz Bari .

Menurut Rektor UIA itu, " Dr.Aziz Bari hanyalah pekerja di UIA dan beliau tidak boleh menunjuk kuasa untuk menjadi jaguh kepada UIA, beliau masih mempunyai majikan dan ketua tempat bekerja, beliau perlu menghormati setiap keputusan UIA ".

Pihak pengurusan UIA perlu mengambil tindakan ini kerana peputasi UIA yang gah selama ini telah tercalar kerana perbuatan pensyarah UIA sendiri. Dr Aziz Bari perlu menerima setiap hukuman yang akan diputuskan oleh Pengurusan UIA diatas kebiadapan belia menyanggah titah dan keputusan Sultan Selangor berhubung Laporan serbuah sebuah Gereja DMUC kerana menjsalankan aktiviti memurtadkan orang Islam.

...... Dengan Kenyataan Dr Aziz Bari secara terbuka menyanggah kenyataan Sultan Selangor itu dan membuat kenyataan - kenyataan lain di akhbar secara terbuka, ini menimbulkan lagi kekeliruan kepada UIA dan juha mahasiswa di Universiti ini. Jelas seorang pensyarah telah berlaku biadap dan kurang ajar kepada Sultan yang juga Ketua Agama cdi Negeri Selangor.

Rektor UIA, meminta pihak luar tidak masuk campurtangan dalam urusan pentadbiran UIA. UIA akan bertindak mengikut saluran dan pertaturan yang seiada. UIA juga tidak berniat untuk memalukan Aziz Bari dan tidak akan menginiaya pesyarah tersebut.

Tegas rektor UIA itu lagi, Mahasiawa sejak awal lagi mendesak supaya Aziz Bari perlu bertanggungjawab dengan tindakan beliau, Sekiranya Pensyarah Uia ini berminat untuk berpolitik beliau seharusnya meletak jawatan dan keluar dari UIA.

Mahasiswa juga meminta supaya masalah politik jangan dikaitan dengan semua studen yang ada. Pernah Aziz Bari cuba menggunakan studen untuk menyertai Perhimpunan BERSIH dan pernah meminta studen mengedar risalah politik pembangkang berhubung Isu Anwar dan juga DMUC.

Pandangan rakyat kepada UIA, untuk menjaga nama baik dan kesucian institusi tersebut, UIA perlu mengambil tindakan tegas kepada Bari Ahmad supaya tidak mengulangi isu - isu yang membabitkan penderhakaan kepada Sultan. Rakyat penuh yakin segala tindakan UIA kepada Aziz Bari. Harapan gar UIA tetap dengan pendirian dan kuasa- kuasa yang ada mengambil tindakan kepada pesyarah yang cuba menggunakan nama UIA untuk kepentingan peribadi.

6 comments:

  1. Eloklah dia letak jawatan lepas tu masok DAP atau PKR masok bertanding PRU 13 baru kena tempat bukan macam sekarang ni terikat dengan peraturan/undang2 universiti lagi pun pensyarah ni bukan kebal.

    ReplyDelete
  2. Dahlah derhaka pada Raja sendiri, derhaka pada Allah itu yg lebih bahaya. Kenapa banggang ni beriya mempertahankan tindakan gereja murtadkan orang Islam..... mana pertimangan beliau kepada Islam.

    ReplyDelete
  3. First of all, its been 20 min I m surfing ur blog and found very interesting. Gr8 job! I too interested in traveling. So loved dis blog. Travel in India is certainly became a boom and OTA's are doing a fab job for travelers. I found For informations on SMS services pleas click on Bulk SMS Services , Bulk SMS Providers , Bulk SMS Gateway , International Bulk SMS Gateway , Bulk SMS India , Cheap Bulk SMS Service

    ReplyDelete
  4. Apa asas undang-undangnya untuk mengatakan Sultan tidak konsisten dan bertindak tidak ikut Islam sedangkan perkara tersebut adalah prerogatif Sultan selaku Ketua Agama.

    Tidak cukup dengan itu, "berpolitik" di Pasir Gudang dan Gelang Patah. Apa motifnya sebenarnya? Lesen beliau adalah akademik bukannya lesen politik kecuali beliau adalah ahli parti politik - perlu daftarlah kalau nak berpolitik.

    Kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang itu boleh bersuara sesuka hatinya semasa kahtib membaca khutbahnya,ataupun didalam suatu mesyuarat. DiDUN atau Parlimenpun, ada peraturan bila hendak bersuara - kena tunggu giliran dan bila dibenarkan Speaker untuk berbuat demikian.

    Jika nak berpolitk perlulah beerdaftar seperti bila mahu beristeri perlu juga berdaftar. UIA tidak pun membenarkannya "berpolitik" sedangkan gajinya dibayar UIA bukannya parti politik.Mahu dengar cakap UIA atau parti politik???
    Mungkin kot beliau pun menyedari bahawa masanya di UIA sudah boleh dihitung harinya, Cuma cepat atau lambat.

    ReplyDelete
  5. http://www.sahabat-gunung.com/2011/10/jangan-cakap-tak-serupa-bikin-bela-aziz.html
    Jangan Cakap Tak Serupa Bikin.. Bela Aziz Bari Tapi Lupa Khianat Dr Rosti
    Bagi penganalisis politik dan ahli akademik, Prof. Dr. Ahmad Atory, tindakan yang dibuat oleh UIA terhadap Aziz Bari adalah berkaitan dengan tugasnya sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada perintah am dalam melaksanakan tugas.
    “Kedudukan Aziz Bari juga sama seperti saya iaitu penjawat awam jadi segala kenyataan yang dikeluarkan walaupun dalam dunia akademik tetapi masih tertakluk sebagai kakitangan kerajaan apatah lagi kerajaan tersebut adalah Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga menjawat pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).
    Difahamkan Aziz Bari menerima surat tunjuk sebab daripada UIA ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.
    Tindakan tersebut telah menimbulkan polemik sehinggakan wujud segelintir pihak yang mahu mewujidkan himpunan membantah penggantungan tugas beliau atas alasan membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’.
    “Kebebasan ada hadnya walaupun dalam dunia akademik kerana semua yang terlibat tidak boleh bercakap sesuka hati dengan menyentuh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan peribadi atau ada agenda tertentu apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan sesitiviti; tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari adalah titah Sultan Selangor yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh atas agama Islam dan adat istiadat orang Melayu dan rakyat di seluruh negeri Selangor.
    “Jika mahu bercakap tentang kebebasan janganlah bersikap berat sebelah sebaliknya biarlah adil dan memberikan pihak universiti kebebasan juga untuk mengambil tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aziz Bari yang secara tidak langsung telah mengheret nama universiti terbabit.
    “Salahkah pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kakitangannya dan sewajarnya, sebagai seorang ahli akademik maka Aziz Bari perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang telah dikeluarkannya dan ikutlah prosedur dengan menjawab saja surat tunjuk sebab yang dikemukakan,” katanya.

    ReplyDelete
  6. http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/sendiri-mau-ingat-bila-sultan-selangor-tak-berkenan-orang-politik-masuk-unisel.html

    SELASA, 09 OGOS 2011 00:12
    ... Sultan Selangor bertitah lagi, kali ini mengingatkan pihak-pihak berkenaan supaya politik kepartian tidak dicampuradukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu.

    Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya Kuala Selangor.

    Menurut Baginda amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

    "Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

    "Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda.

    Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di UNISEL dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini.

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>