MEDIA RAKYAT

Friday, October 28, 2011

HUDUD HANYA SANDIWARA - bukan keikhlasan untuk Syiar Islam


Apa kata Nik Aziz...... " kita tiada cara lain untuk kekalkan kuasa di Kelantan dan mengekalkan kuasa rakan - rakan yang lain termasuk di Kedah dan di Selangor melainkan "HUDUD " penyelamat kita. Maka saya minta mereka yang telah bersumpah taat setia kepada yang memayungi, hebahkan strategi ini, Ini pun yang kita buat dulu, sehingga kita berjaya memerintah."......


Ternyata HUDUD yang digembar gemburkan ini telah dilakukan oleh Nik Aziz untuk mengekalkan kuasa di Negeri Kelantan dan raka - rakan beliau di lain - lain negeri. Sekiranya isu HUDUD tidak dimainkan oleh PAS pasti rakyat akan menumbangkan PAS dalam PRU ke 13 kerana rakyat telah kelabu mata dengan perancangan rapi Kerajaan seperti kebajikan, bantuan, kenaikkan elaun dan bonus kepada kakitangan dan bantuan sara hidup kepada rakyat.


Nik Aziz dan PAS tiada cara lain lagi untuk mengekalkan kuasa.... hanya perkataan HUDUD sahaja boleh menyelamatkan maruah dan kuasa pemimpin PAS. Ramai dikalangan Pemimpin Majlis Syura PAS dan Majlis Kerja Tertinggi PAS tidak setuju dengan isu HUDUD ini. Kalau dulu mungkin PAS berjaya memanipulasikan isu ini kerana PAS bergerak berseorangan tidak bersama DAP. Orang Islam nampak dam PAS mampu membawa isu Hudud berseorangan tanpa campur baur dengan orang kafir.


Hari ini telah berubah, PAS bersengkokol dengan DAP Kafir yang ternyata menolak Islam. Bagaimana Nik Aziz hendak bawa isu HUDUD kepada Orang Islam sedangkan DAP berada dibelakang PAS?.... mampu kah melaksanakan Hudud ini, atau Hudud tinggal Hudud?.....


Jelaslah disini, hanya mereka yang buta politik percaya kepada Gula- Gula PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. PAS tidak akan berjaya mengekalkan kuasa apatah lagi berkuasa di Putrajaya selagi Orang Kafir DAP dan juga kafir - kafir yang ada dalam PKR menguasai percaturan poltik PAS. Disinilah kebodohan Nik Aziz terserlah. Nik Aziz bercakap tidak lagi menilaikan dirinya sebagai tokoh agama, malah lebih memetingkan kuasa politik dari menegakkan Syiar Islam.


Nik Aziz lebih selesa bersama DAP dan PKR kerana kedua - dua parti saling memerlukan sokongan. Jauh beza berbanding Haji Hadi yang lebih Nasionallis dalam parti dan juga kepada bangsa Melayu. Haji Haji juga tidak bersetuju Kerajaan Kelantan menubuhkan Negara Islam sedangkan Haji Hadi selaku Presiden PAS telah mengistiharkan PAS akan melaksanakan NEGARA BERKEBAJIKAN.


Nik Aziz tidak endah nasihat Presiden, kerana Nik Aziz telah dibayangi oleh Anwar dalam percaturan politik PAS. Secara sulit dan peribadi dengan Nik Aziz, Anwar telah berjanji untuk menyokong hudud demi Umat Islam. Tetapi lain pula Anwar apabila berhadapan dengan DAP.... Dengan lantang Anwar menolak Hudud demi perjanjian yang ditetapkan dalam BUKU JINGGA.


Polemik politik antara PAS, PKR dan PKR semakin meruncing.... mereka saling mencari formula masing - masing. Nik terasa Anwar telah menikam dari belakang, sedangkan DAP lah yang mengapi - apikan diantara kedua - dua parti dengan harapan Hudud hanyalah slogan bagi PAS.


Jalan terahkir bagi Nik Aziz untuk membuktikan PAS tetap melaksanakan Hudud di Kelantan, dengan membacakan sekali lagi Enakmen Undang - Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) Negeri Kelantan dalam Sidang DUN akan datang. Nik Aziz terpaksa melakukan gimik ini sebagai senjata meraih sokongan rakyat.


Gimik ini akan dirancang dengan teliti oleh Nik Aziz untuk mengaburi mata rakyat. Mereka semahunya ingin menunjukkan bahawa PAS MENJUARI AGAMA sedangkan rakan PR mereka MENJUARAI BUKAN ISLAM. Jika dimbas kembali perbalahan ini benar - benar merugikan Orang Melayu dan yang pasti Islam tetap dihina oleh DAP. DAP merasakan mereka telah berjaya mengucar kacirkan Orang Islam dan juga Melayu dinegara ini.


Nik Aziz sudah tidak punyai banyak pilihan, bagi memastikan terus mendapat sokongan, Nik Aziz akan tetap memanikan perana beliau sebagai Tok Guru yang tidak bertolak ansur dalam Hukum Hudud yang akan dibawa oleh PAS, Samada suka atau tidak PKR dan DAP kepada PAS terpulang lah kepada mereka untuk menilai sebelum PRU ke 13.


Nik Aziz tetap dengan pendiriannya melaksanakan HUKUM HUDUD Ciptaan PAS, dan Haji Tetap dengan pendirinyaanya juga dengan SLOGAN NEGARA BERKEBAJIKAN untuk kesejahreraan rakyat dan dalam masa yang sama DAP dan PKR tetap bersatu dibawah ideologi KUASA UNTUK BERUBAH.

1 comments:

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>