Ahamdulillah.....Program Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan oleh badan-badan bukan Kerajaan (NGO) Islam yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu lalu,. Segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Dengan disertai puluhan NGO yang perbagai latarbelakang dapat mengumpul puluhan ribu dalam satu bumbung untuk menyatakan satu pendirian bahawa Aqidah Umat Islam perlu diselamatkan.
NGo terpanggil untuk menyatakan pendirian ini , kerana sejak kebelakangan ini Aqidah Orang Islam terutama Orang Melayu terlalu rapuh kerana permainan politik PAS dan PKR. Masing - masing telah menjual Agama dan menghalalkan segala perbuatan Kristian DAP terhadap Orang Islam. Atas kesedaran inilah NGO - NGO ingin memberi amaran kepada PKR dan PAS jangan berdiri diatas pentas Agama Islam untuk mencapai tujuan politik semata - mata sehingga sanggup mengadai Aqidah orang lain untuk meraih undi.
NGO - NGO ini juga ingin memberi tahu kepada PAS bahawa mereka mampu membela Islam dan menegakkan Syiar Islam yang syumul. Mereka tidak mahu PAS hanya bermain slogan dan iklan murahan untuk memancing undi menggunakan Hadis dan Al Quran untuk mengekalkan kerusi politik. Selama ini PAS cuba menonjolkan diri kononnya mereka sebuah parti yang berteraskan Islam yang mampu menjaga hukum hakam Islam tetapi disebaliknya mereka yang menghancurkan Islam dari dalam.
Dalam perhimpunan SEJUTA UMAT SELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM pelbagai pahit dan jerih dilalui oleh pihak penganjur. Pada peringkat awal lagi ada suara - suara sumbang untuk mengagalkan perhimpunan tersebut, dan ada jua yang secara sinis memandang perhimpunan tersebut tak ubah seperti mengumpul kambing dipadang dimasukkan kedalam kandang.
Ada cubaan awal dari pihak tertentu untuk mensabotaj perhimpunan aman berpermit itu, namun Alhamdulillah, ia dapat dipatahkan dengan mudah oleh pihak penganjur. Mungkin Allah bersama kita ketika itu.
Sabotaj tersebut cuba dilakukan melalui risalah bertajuk “Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?” yang diedarkan kepada para hadirin, namun penganjur cpat bertindak dengan mengumumkan kepada siapa yang mengedarkannya akan ditahan dan diserahkan kepada polis! Dipercayai cubaan sabotaj itu dibuat oleh pihak yang tidak menyokong himpunan itu dilakukan.
Pihak Gereja Kristian telah menghantar pendakyah ke program tersebut untuk melakukan gerakan/kerja sulit untuk menghasut dan menggagalkan aturcara. Mereka ditugaskan juga untuk membuat laporan segera untuk dihantar terus kepada pemimpin Kristian yang terdiri daripada pemimpn kanan PKR dan DAP Selangor.
Begitu juga di Pihak PAS, memang sejak awal lagi telah mengeluarkan arahan agar ahlinya tidak turut serta itu hanyalah tektik propaganda. Hakikatnya pemimpn PAS telah mengarahkan secara senyap supaya penyokong turut serta dalam perhimpunan itu dengan peranan masing - masing. Mereka sedaya upaya cuba melaksanakan kerja kotor sebagaimana penyokong PAS lakukan dalam Pilihanraya.
Maka tidak hairanlah ramai pemimpin PAS Selangor dan negeri - negeri yang hadir seakan memberi sokongan tetapi hakikatnya sedang memerhatikan misi kotor yang dilaksanakan oleh anak buah mereka dicelah - celah puluhan ribu peserta.
Apapun, syabas saya ucapkan kepada NGO-NGO Islam yang berhempas pulas menjayakan Himpunan Sejuta Umat yang berlangsung semalam. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Mufti Besar Perak, Tan Sri Harussani yang mengupas kandungan yang “berbisa” pada himpunan tersebut.
Semoga himpunan tersebut tidak habis disitu saja dan insyaAllah, dengan berkat usaha pelbagai pihak dan sokongan Kerajaan yang sudah komited dengan kajian rang undang-undang Akta Murtad, kita doakan agar aqidah umat Islam di negara ini berjaya diselamatkan dari cubaan durjana “kawan-kawan” Khalid “gagap”, Anwar Ibrahim dan PAS tersebut!
Apa yg susah sgt nak tunjukkan sokongan yg mmg ada kena mengena dgn agama anutan sendiri yg akidahnya tidak boleh dibuat main-main kejap tunjuk kejap sembunyi kalau diperangi agama itu maka wajib bagi penganutnya menggalas memerangi pihak yg menyerang. Susah sangatkah? sampai nak berbelit-belit?
ReplyDelete