" Setakat hari ini tanpa bantuan DAP dan PAS saya mampu menumbangkan calon BN samada dari UMNO ataupun MCA, saya ada kekuatan sendiri, selama ini pun saya bergerak bergerak dengan duit poket saya sendiri untuk memberi bantuan ala kadar kepada pengundi saya, Terus terang saya katakan PAS dan DAP Kuantan menumpang atas kekuatan saya. "- Fuziah Salleh MP PKR Kuantan.
Pengundi Parlimen Kuantan hari ini terkejut dengan kenyataan garang yang bersifat angkuh dan berbangga diri oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Rata - rata pengundi dari DUN Inderapura, Tanjung Lumpur dan Teruntum terkilan dengan kenyataan yang dibuat secara terbuka didalam akhbar.
Walau hebat semana sekali pun, kita harus sedar bahawa setiap kemenangan itu diberi oleh rakyat. Nampaknya Fuziah telah lupa daratan, beliau meletakkan diri hebat dikalangan pengundi di Parlimen Kuantan. Fuziah telah lupa asal usul dan kesusuahan yang pernah dihadapi.
Hari ini Fauziah mula angkuh tak takbur kepada rakyat, sanggup menjatuhkan maruah dan air muka pemimpin lain. Beliau memandang pemimpin UMNO dan MCA tak ubah sepeti anjing kurang yang boleh disepak terajang begitu mudah.
Mungkin beliau merasakan beliau telah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi, mungkin beliau mempunyai satu gerakan sulit yang boleh menjamin kemenangan mutlak untuk dirinya dan PKR. Risikan secara rambang kepada pengundi - pengundi, rata - rata pengundi menidakkan apa yang dikatakan oleh Fuziah. Fuziah lansung tidak menjaga kebajikan pengundi, Beliau juga lansung tidak mengambil berat tentang pembangunan, tidak juga menunaikan janji - janji pilihanraya yang lalu. Janji untuk memberi insuran percuma semua cakap kosong untuk ambil hati.
Boleh dikatakan tiada satu pun jasa Fuziah yang boleh dibanggakan, memang betul beliau ada turun ke padang, tetapi hanya ke ranting - ranting yang menyokong beliau sahaja. Kehadiran beliau tidak ubah seperti pelancung luar yang datang ke Tanjung Lumpur atau ke Inderapura untuk melihat dan melawat tempat - tempat peranginan dan bersejarah.
Ternyata Fuziah Salleh terpaksa melakukan ini semua untuk menonjolkan diri dipentas PKR untuk memperlihatkan dirinya juga hebat dikalangan pemimpin kanan PKR yang lain. Mana tidaknya Fuziah sanggup mempromosikan dirinya dengan menjaja dan menipu warga Kuantan dengan isu Lynas kononnya amat berbahaya dan boleh mengancam nyawa manusia. Beliau sanggup menjadi jurucakap PKR untuk memperbodohkan rakyat kuantan. Telah banyak siri - siri ucapan dan perjumpaan beliau semuanya hanya menjadi gula - gula kepada pengundi.
Ingatlah, orang yang menipu, takbur, bongkak, sombong dan suka membangga - bangga sendiri suatu hari nanti akan ditujukkan pembalasan yang setimpal. Mungkin hari ini hari beliau, esok pun hari beliau..... lusa, tulat tubing..... hari siapa?.
Mungkin Fuziah merasakan perancangan beliau yang terbaik, sebab itu beliau mencabar parti kerajaan berlawan dengan beliau. Beliau mengakui PKR mempunyai pendekatan yang berbeza dan lebih menyeluruh, tetapi cukup kah hanya dengan pendekatan tanpa perlaksanaan?
Apa pun rakyat akan menentukan kesemua perancangan PKR, BN tetap akan berusaha untuk merampas kembali kerusi Parlimen Kuantan demi membela penipuan dan pembohonagan yang dibuat oleh Fuziah selama ini. Samada UMNO atau MCA mempunyai agenda untuk memajukan rakyat di Parlimen Kuantan. Tanggungjawab BN tidak terbatas apabila hilang kerusi, malah selama ini dalam gerakan menyatukan semua pengundi dan rakyat BN telah menyalurkan pelbagai kemudahan untuk rakyat walau mandat tidak diberikan.
Kita serah pada rakyat membuat keputusan, semoga penilaian rakyat mendapat rahmat dari Allah.
0 comments:
Post a Comment