Kronologi isu ini bermula apabila sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya. Pemeriksaan terhadap premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut.Susulan itu dari itu , Dato' Hassan Ali selaku Pengerusi Agama Negeri Selangor menyokong tindakan JAIS membuat serbuan atas dasar tanggungjawab beliau selaku Orang Islam yang diamanah oleh rakyat untuk menjaga agama Islam dari dihina sebegitu rupa oleh Agama lain.
Menteri Besar Selangor berang dengan tindakan Exco dari PAS itu kerana memihak kepada JAIS dalam menyelesaikan masalah tersebut. Khalid Ibrahim selaku MB dari PKR terpaksa melaksanakan tugas untuk memihak kepada gereja kerana beliau telah menerima tekanan daripada pemimpin DAP yang juga rakan kerajaan di Selangor. DAP memberi kata dua kepada khalis samada menyokong tindakan gereja atau meminta maaf secara terbuka kepada pihak gereja.
Dalam masa yang sama DAP juga memberi kata dua kepada rakan Kerajan sEalngor iaitu PAS supaya tidak membesarkan isu ini dan turut meminta agar PAS memberi nasihat kepada Dato' Hassan Ali supaya tidak membuka mulut kepada umum.
Maka jelaslah, Hassan Ali telah dipersalahkan kerana tidak memaklumkan tindakan JAIS kepada MB Selangor. Hassan Ali juga telah didesak oleh DAP supaya melepaskan jawatan dalam Kerajaan Selangor sebagai balasan tidak menghormati Menteri Besar Selangor. Khalid Ibrahim juga memberi kata dua kepada Pengarah JAIS supaya mengemukan semua laporan kepada beliau sebelum dikemukakan kepada mana - mana pihak.
Dalam kekalutan Kerajaan Negeri, JAIS dan Hassan Ali, maka Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri mengarahkan JAIS menyiasat dan membuat laporan lengkap. Keputusan terhadap siasatan itupun sudah diketahui dan disahkan terdapat cubaan untuk memesongkan akidah orang Islam tetapi disebabkan kekurangan bukti menyebabkan pendakwaan gagal dibuat. Sultan Selangor telah buat pengumuman "bahawa baginda amat tersinggung dalam usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.
Tindakan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berkenaan isu memurtadkan Orang Islam di sebuah gereja pada Ogos lalu boleh dianggapkan sebagai kurang ajar. Beliau cuba berselindung disebalik falsafah undang-undang apabila kenyataannya dikecam hebat oleh pelbagai pihak dan mengugut untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia yang kononnya memutarbelitkan fakta.
Persoalanya, mengapa si profesor ini bermati-matian mempertahankan pihak gereja dan mengkritik hebat tindanakan Sultan Selangor yang digambarkanya "mengambil tindakan bukan kelazimannya" dan tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten serta tidak selaras dengan ajaran Islam. Sebagai ketua agama berdasarkan kepada perlembagaan, baginda berhak dan memikulkan tangungjawab dalam apa jua isu membabitkan agama islam dan rakyatnya. Isu murtad ini bukan perkara ringan kerana ia membabitkan akidah dan kita wajar menentang setiap usaha pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam. Jangan kerana politik, kita sanggup mengadaikan agama demi menagihkan sokongan pihak tertentu.
Salam sejahtera, harap dapat dilink blog hamba disini..Terima Kasih.
ReplyDeletehttp://klboyzwangsa.blogspot.com/
Prof. kangkung kata dia bukan ahli politik tapi sana sini berceramah dipentas politik lagipun dia ingat dia prof. cerdik sangat kot ada orang jenis macam ni.
ReplyDelete