Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya kerajaan semasa yang memerintah boleh memutuskan tarikh pembubaran Parlimen sambil menegaskan Pakatan Rakyat sendiri tidak akan berunding dengan Barisan Nasional (BN) mengenainya jikapun mereka membentuk kerajaan pada masa depan.
Tun M juga memberitahu bahawa tiada di dunia adanya keputusan sedemikian dalam menentukan tarikh pilihan raya umum oleh kerajaan memerintah dan pembangkang secara bersama.
Tun Mahathir membuat pukulan balas kepada parti pembangkang atas cadangan merapu mereka yang memaksa DS Najib agar berunding terlebih dahulu dengan mereka sebelum membubarkan Parlimen.
Tegas Tun M, PR akan menunduk sekiranya mereka terdesak, mereka berpura - pura kononnya akan berkompromi dengan kerajaan dan bersetuju dengan cadangan yang dibuat. Tetapi sebenarnya PR dapat merasakan bahawa berlaku tekanan di pihak mereka sekiranya Kerajaan berbuat sesuatu diluarjangkaan mereka.
Kerajaan selama ini menerima apa sahaja cadangan pembangkang sekiranya mendatangkan kebaikkan. Kerajaan tidak pernah mengenepikan setiap pandangan ideal PR untuk kesejahteraan rakyat.
Tetapi jelas sekali, sejak dari zaman pemerintahan saya lagi (Tun M) pandangan mereka lansung tidak masuk akal, malah lebih layak dibakulsampahkan. Lansung tidak mendapat faedah kepada rakyat tetapi lebih kepada moral parti mereka.
Dalam keadaan semakin hampir PRU, PR semakin lemas dan terdesak kerana mereka takut penyokong mereka tidak memihak kepada mereka. Mereka cuba mencari jalan supaya pengaruh mereka ditahap muksimum walau tiada pertambahan penyokong.
Pelbagai isu yang melibatkan parti, moral, peribadi dan politik yang berlegar dikalangan pakatan mereka banyak tidak selesai malah dilihat boleh mengancam kedudukan parti.
Jalan terbaik bagi mereka adalah dengan menutup kelemahan mereka, dan membuka kelemahan orang lain dengan isu - isu dongenggan untuk didendangkan kepada rakyat.
Jika dilihat satu persatu masalah besar yang masih belum dapat diselesaikan oleh PR, pasti mereka sendiri merasa gerun untuk berhadapan dengan PRU. Bagaimana dengan isu liwat Anwar boleh mempengaruhi rakyat. Bagaimana Isu Nik Aziz yang semakin gawat dalam pentadbiran dan ajaran Islam yang sebenar. Bagaimana pula Haji Hadi yang semakin hilang pengaruh dalam PAS yang mana kuasa yang ada telah didominasikan oleh orang kiri dan kanannya sahaja.
Jika dilihat dari pula dari kepimpinan PKR sendiri, parti itu tidak konsisten penuh dengan hasad dengki dan berebut - rebut untuk mncari pengaruh dan kedudukan. PKR akan berhadapan dengan isu besar dimana Anwar sendiri yang memburukkan imej PKR, Isu Video pengzinaan dan pengliwatan masih menghantui PKR.
Begitu juga dengan isu dalam DAP yang sedikit sebanyak memecahkan pengaruh dan kuasa diantara mereka. Corak pentadbiran LGE di Penang bagai kuku besi dan banyak menipu rakyat dalam mengurus tadbir Penang. Kedudukan DAP diseluruh negeri juga tidak mantap kerana pengaruh mereka hanya bergantung kepada orang Cina, sedangkan Orang Cina akan melihat pengaruh sesebuah parti disaat akhir.
Banyak lagi isu - isu PR yang masih belum terungkai dimata rakyat. Yang pasti PR pandai menyimpan rahsia dari diketahui umum. Tetapi hakikatnya PR penuh dengan masalah dalaman dan luaran. PR bakal berhadapan PRU ini dengan imenj yang kotor dan menjijikkan. Rakyat akan dapat menyaksikan calon - calon PR yang akan bertanding nanti adalah calon - calon yang akan menguatkan kedudukan Anwar Ibrahim daripada menguatkan PR.
Calon - calon mereka akan dibarisi dari golongan ahli keluarga, rakan karib dan kawan tahu dan banyak menyimpan raksia. Tidak hairan lah nanti jika calon PR tidak tahu bekerja dan menjaga rakyat. Calon - Calon mereka mahukan kemenagan sahaja tetapi tidak mahu membela rakyat. Bagi mereka tugas membela rakyat adalah tugas Kerajaan.
BN akan sapu bersih 14 negeri!
ReplyDelete