MEDIA RAKYAT

Wednesday, September 14, 2011

MAJLIS PROFESOR NEGARA FAHAM SEJARAH KE TIDAK?









Isu SEJARAH NEGARA hangat diperkatakan, dari sekecil - kecil rakyat hinggalah sebesar - sebesar pangkat bercakap dan bercerita mengenai SEJARAH NEGARA. Semua ini bermula dengan petualang Melayu yang dilahirkan oleh PAS iaitu MAT SABU, TIMBALAN PRESIDEN PAS yang membuat kenyataan terbuka menyokong dan mengiktiraf perjuangan Komunis dan PAS sendiri cuba menghidupkan ideologi Komunis dikalangan Orang Melayu demi mengiktiraf perjuangan Orang Cina suatu masa dahulu yang sama - sama berjuang untuk menghapus kuasa Orang Melayu.



Tetapi bukan setakat Mat Sabu sahaja yang mempertikaikan kesahihan sejarah tersebut. Malah orang yang pernah makan ditangan Kerajaan sendiri yang kini bergelar Profesor, Ilmuan Sejarah dan Pakar Sejarah juga turut membutakan mata dan memekakkan telinga dengan memutarbelit fakta sejarah yang sebenar.



Hari ini Majlis Profesor Negara (MPN) telah membuat kenyataan pihaknya minggu lalu bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan ia seolah-olah mengiktiraf kehadiran kuasa itu di Tanah Melayu.



Kenyataan akhbar tersebut dibuat oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudanya, Prof. Datuk Zainal Kling pada sidang akhbar bersama Pengerusi MPN, Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan anggota-anggota jawatankuasa MPN pada 9 September lalu.



“Majlis Profesor Negara menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah, hanya dilindungi Inggeris dengan meletakkan negeri-negeri Melayu itu di bawah kekuasaan Pejabat Tanah Jajahan melalui penguasaan undang-undang Inggeris, pentadbiran bercorak Inggeris, dan ekonomi kapitalis cara Inggeris.



“Dalam kata lain, MPN berkesimpulan bahawa dasar ‘protectorate’ yang diamalkan Inggeris terhadap Tanah Melayu dengan meletakkan residen dan penasihat di negeri-negeri Melayu sebagai satu tujuan murni untuk melindungi dan membantu Tanah Melayu dan pemerintah Melayu untuk memerintah tanah air mereka,”



“Ini jelas dalam kenyataannya yang mendakwa bahawa walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain, tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara.



" MPN ini kelihatan seolah-olah mengiktiraf kerajaan kolonial Inggeris sebagai wira pelindung Tanah Melayu dan menafikan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air sendiri daripada kerajaan kolonial Inggeris yang memang dikenali dunia sebagai antara kuasa besar penjajah ketika itu,”



Dengan ini, rakyat berpandangan kenyataan akhbar MPN itu tidak boleh dipandang sebagai bernilai ilmiah dan wajar ditarik balik. “Amatlah malang bagi negara ini sekiranya para ilmuwan kita gagal memahami metod penelitian sejarah secara objektif dan ilmiah.



Semua golongan samada kecil besar tuan muda, berpendidikan tinggi atau rendah, ahli politik atau bukan ahli politik perlu diingatkan agar dalam kemeriahan semua pihak untuk menjuarai isu membincangkan tema sejarah tanah air yang pada dasarnya dilihat amat positif dalam proses pemahaman asas-asas kenegaraan, mereka juga harus bertanggungjawab di atas kenyataan yang dikeluarkan sekiranya menimbulkan keraguaan dan kekeliruan kepada masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>