MEDIA RAKYAT

Wednesday, September 7, 2011

ke MANA PERGI REPORT KAMI - Report bukan retorik

Kelewatan kerajaan untuk bertindak mematikan kemarahan orang ramai terhadap penyokong Parti Komunis Malaya (PKM), Mat Sabu menampakkan dengan jelas kelemahan kerajaan yang berterusan dalam menangani dengan segera dan berkesan masalah keselamatan negara.



Kemarahan yang meluap - luap bukan sahaja dari anggota keluarga mangsa kekejaman komunis di Bukit Kepong malah dari anggota keluarga bekas - bekas pejuang negara yang terkorban, yang telah bersara dan juga yang sedang berkhidmat. Semua ini akan menimbulkan kemarahan kerana membiarkan petualang negara seperti Mat Sabu terus menghina anggota keselamatan negara dan mengangkat komunis sebagai pejuang tulen negara.



Berasaskan kepada kemarahan dan desakan rakyat dari berbagai pertubuhan dan juga orang ramai yang mewakili pelbagai sektor masyarakat terutama bekas polis dan tentera maka kelewatan kerajaan untuk bertindak berasaskan undang-undang terhadap Mat Sabu menampakkan kerajaan lebih mementingkan politik dan dari tugas terhadap rakyat dan negara.



Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja laporan Polis dibuat supaya tindakan tegas dengan segera diambil terhadap Mat Sabu yang cuba menghidupkan pertubuhan haram komunis di negara ini.


Laporan bukan sekadar laporan, laporan dan mesej yang diberikan penuh bermakna buat bangsa Melayu.



Kita tau, cakap Mat Sabu adalah untuk mencari pengaruh politik dikalangan Orang cina supaya menyokong dan mengundi parti PAS. Cakap beliau adalah cakap politik yang amat merbahaya. Perlu diingatkan dalam kita berpolitik jangan terlalu mengadai seluruh jiwa dan raga, kelak bangsa kita yang akan binasa.



Sikap kerajaan dilihat sebagai acuh tak acuh dalam isu ini walaupun kebencian dan kemarahan rakyat semakin memuncak dari hari ke hari akan membahayakan Mat Sabu sendiri dan dalam keadaan ini jika berlaku sesuatu yang buruk terhadapnya maka beliau akan menyalahkan anggota polis, UMNO dan kerajaan.



Kerajaan mestilah bertindak dengan cepat terhadap Mat Sabu sebelum satu lagi kelemahan kerajaan mendalam dan membarah di hati rakyat sehingga mereka tidak lagi dapat melihat kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merancang dan bekerja bermati-matian untuk memulihkan maruah negara, bangsa dan agama.



Kerajaan perlu bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan Mat Sabu dari terus terdedah kepada keadaan yang membahayakan dirinya yang akan membolehkannya menuding jari kepada orang lain.

1 comments:

  1. aku sokong UMNO tapi org2 mcm si hisham ni yang buat aku meluat dan menyampah pada kerajaan.

    ReplyDelete

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>