
Sayang seribu kali sayang, Jika disebut Melayu pasti Agama menjadi keutamaan, tetapi sejauh mana Agama dijunjung. Jika disebut Islam sudah pasti ada pihak mengaku dia lebih Islam dan menuduh sebelah pihak tidak menjunjung Islam. Tetapi ternyata Pas bersama puak - puak pembangkang menggunakan Agama Islam sebagai senjata politik yang paling berkesan untuk membelasah pihak Kerajaan.
Sindrom menggunakan Agama telah lama dimainkan oleh PAS. Hukum hakam Islam menjadi modal untuk memancing undi rakyat yang jahil dan tidak faham politik. Jika bercakap sahaja Soal Agama dan Islam PAS mengaku memperjuangkan Islam. Sedangkan Islam yang dibawa hanyalah ritorik yang diberi penenamaan semula. Dengan sikap begini lambat laun rakan karib dalam pembangkang dengan mudah memperkotak katikkan Islam untuk menerobos setiap kelemahan yang ada dalam PAS.
Isu HUKUM HUDUD kembali panas dipentas politik. Nik Aziz sengaja memainkan isu ini untuk mempengaruhi pengundi menjelang PRU ke 13. HUDUD yang cuba dibawa oleh PAS sejak tahun 1993 ternyata gagal kerana hukum yang digubal berlandaskan akal BUKAN HUDUD SEBENAR. Hudu yang dibentang oleh Kerajaan PAS di Sidang Dewan DUN Kelantan pada masa itu ternyata benar - benar bercanggah dengan hukum Islam yang sebenar.
sebenarnya hukum hudud adalah kehendak Nik Aziz sendiri sejak dari dulu hinggalah sekarang dan menurut beliau isu ini ketika dibangkitkan semula bukanlah satu polemik politik seperti mana yang digembar gemburkan. semua ini adalah sandiwara yang dimain pelakon utamanya PAS untuk kembali menarik sokongan orang Melayu/Islam untuk kembali menerima Pas manakala DAP dan PKR sebagai penyedap selera bagi merealisasikan hasrat rakan sekutu mereka itu …
Nampaknya semua Parti Pakatan Pembangkang bersepakat menggunakan agama sebagai jambatan menyeberangi sungai nafsu mereka masing - masing. PAS melaungkan Islam sebagai AD- DIN dan 2 parti lagi pura - pura menyokong tetapi hakikat sebenarnya mereka benci kepada Islam.
Rakyat perlu tau gimik dan mainan politik PR terhadap rakyat. Kita sebagai rakyat juga perlu memainkan perana yang besar untuk memberitahu rakyat yang lain bahawa BAHAYA YANG BESAR DAN LEBIH DAHSYAT IALAH PEMIMPIN PAS MENYELEWENGKAN HUKUM ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PARTI DENGAN PENUH BERANI DAN BERKESUNGGUHAN.
PERLEMBAGAAN PAS sendiri berbelit - belit dengan perjuangan Islam yang dibawa, pada hakikatnya Islam yang dibawa oleh PAS sama sahaja yang dibawa oleh UMNO dan BN kerana semuanya menjurus kearah politik. Islam yang ditulis dalam perlembagaan itu sekadar penyedap rasa untuk mengukuhkan ayat sahaja.
Ternyata hari ini ISU HUDUD hanya sebahagian daripada warna warni politik PAS untuk mengaburi mata rakyat. HUDUD PAS akan dihiasi dengan kata - kata dan madah manis untuk mengula - gulakan penyokong dan pengundi atas pagar. Hudud PAS yang cuba dizahirkan oleh Nik Aziz untuk mengambil alih hukum Islam yang sebenar. PAS boleh mengampunkan orang yang berdosa, PAS boleh menjatuhkan hukum samada orang itu kafir atau tidak. Macam - macam lagi asalkan menguntungkan mereka.
Perlembagaan Persekutuan yang diterima pakai sejak negara ditubuhkan dituduh Perlembagaan Kafir/Jahiliyah. Tuduhan ini terdapat dalam AMANAT HAJI HADI. Amanat Haji Hadi yang menjadi Umat Islam dan Orang Melayu berpecah belas. Hasil dari perpecahan inilah Haji Haji diangkat sebagai HERO PAS pada masa itu kerana telah berjaya membuat Traformasi Politik dalam PAS.
PAS menyalah tafsirkan ayat 28 SURAH AAL IMRAN - koninya menjadi kafir Orang Islam berikat dengan Orang Kafir. Disamping itu menyalah tafsir ayat - ayat 44,45 dan 47 SURAL ALMAAIDAH dengan menujukan KAFIR / FASIK / ZALIM kepada Kerajaan yang tidak menjalankan hukum Islam dan bersekongkol dengan Orang Kafir.
Kesimpulannya, Rakyat perlu faham dengan ajaran dan hukum yang dibawa oleh PAS ini. HUDUD pada kali ini bukan datang dari tangan orang Islam, malam hukum - hukum tersebut telah direka cipta bersama Orang Kafir yang ada dalam DAP dan PKR. DAP mungkin akan menerima HUDUD ini kerana dengan ada campurtangan ideal dan pandangan mereka didalam hukum tersebut.
Apa pun keluarlah HUDUD beribu jela sekali pun, namun HUKUM HUDUD CIPTAAN ALLAH jua yang menjadi pegangan hidup. Allah tidak merestui setiap perbuatan yang mempunyai niat selain dari niat suci dan ikhlas terhadap Agama, Bangsa dan Negara.
MOHON LINK TUAN,
ReplyDeletehttp://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/
Hudud hukum Allah bro, jika kita mengaku Islam dan ada kuasa perlu kita jalankan krn itu adalah suruhan Allah. Tok Guru hanya menjalankan amanah Allah, klu org x terima hukumnya dgn Allah dh lps. Di Padang Masyar besok mulut kita tak boleh auta lg dgn cakap x sesuailah, masyarakat majmuklah - anggota kita yg lain akan dedahkan perilaku kita di dunia ni. Percayalah klu PAS xde di M'sia ni org MELAYU tak kan kenal apa itu HUDUD. Ada UMNO sebut psl nk jlnkan HUDUD? Dok bg alasan logik akal adalah. Kesimpulannya jika kita mengaku Islam adalah menjadi kewajipan kita utk menjalankan suruhan Allah sptmana terkandung dlm alQuran tanpa ada alasan logik akal. Klu kata x bersedia bila nk bersedia? Ada x TV kita buat program tunjuk kebaikan hukum Hudud? Kat sklh ada x silibus berkaitan Hudud? Jawabnya semua xde so klu cm ni bila kita bersedia? Jawablah sendiri....
ReplyDeleteAnon 6:10
ReplyDeleteKalau x ada ilmu, baik diam saja, x payah cakap banyak, orang akan tau kamu mmg bodoh dan bingai.
Hudud pas tak btul.. hudud amno je bebetul islamnye.. bila khalwat ke.. zina ke hukumannye +-m2000 penjara sebulan dua... fikir2 lah ye...
ReplyDeletesiapa yang tulis blog ini dia bangang. Simple aje
ReplyDelete