MEDIA RAKYAT

Tuesday, December 28, 2010

ANAK setan menyalak ISA - BAPAK pertahan


Apahal dengan si ANAK ni? menyalak tak tentu pasal....

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru. Apa kena mengena dengan mereka? Sudah lah Aliman... Jangan buat kerja bodoh, Buang masa kau hasut ke hulu ke hilir, tak ada faedahnya.

Setakat kau nak cari nama nak jadi calon PRU ke 13, tak payahlah.... jangan jadi barua sangat, rakyat dah muak dengan tingkah laku dan tindakan yang lansung tak membawa untung kepada peneroka.

Tak payahlah kau nak desak spuaya tarikh balik perlantikkan ISA, bab - bab lantik melantik ni bukan kerja kau, Biarlah pemimpin aku yang menentukan siapa yang dia nak lantik. PM aku cerdik orangnya, dia lebih maklum dan mengetahui kebolehan seseorang. Janganlah beriya nak masuk campur hal seluar dalam orang.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga cuba membuat pungutan suara dan referendum tandatangan untuk membantah perlantikan..... telah aku katakan, kau buat seribu kali pun kau menyalaklah biar runtuh bukit, namun pemimpin aku tetap tidak akan berganjak kerana mereka tahu ISA mampu membawa pembaharuan yang lebih mencabar kepada FELDA.

Kita yakin, rakyat yakin, Bahawa ISA akan membangunkan FELDA lebih Global dan akan memberi tumpuan kepada Golongan muda di tanah rancangan FELDA. Kepada Gen 2 di FELDA jangan risau, FELDA dibawah ISA nanti akan memberi tumpuan kepada pembinaan perumahan GEN 2 diseluruh negara. Begitu juga anak - anak Felda akan diambil bekerja di bawah anak Syarikat FELDA bukan sahaja sekadar pekerja biasa malah peringkat tertinggi akan diberi kepada anak Felda itu sendiri.

ISA akan meneruskan legasi perjuangan Tan Seri Yusof Noor, Bermula era tahun 1990 an FELDA telah memacu kehadapan memastikan peneroka terus terbela dan dibela. 2011 dengan harapan baru FELDA akan terus mara kehadapan dengan menfokuskan kepada kebajikan peneroka dan meastikan pendapatan peneroka terus meningkat dan menjalani kehidupan yang selesa.

FELDA juga akan memastikan harga semasa kelapa sawit sentiasa meningkat untuk menjana pendapatan peneroka.

ISA telah memberi jaminan bahawa tidak akan tunduk kepada Anak yang berhingus dan tidak mengerti apa - apa dalam urusan Felda, mereka ibarat Anak yang lupa budi kepada Bapak.

Biarlah BApak yang menyuarakan kepada FELDA, Biarlah BAPAK yang mengariskan haluan dan panduan kepada FELDA untuk menyelesaikan masalah dan isu di tanah rancangan.

ISA telah meminta BAPAK supaya memainkan perana yang penting bagi memastikan GEN @ di seluruh negara fahama bahawa FELDA bukanlah milik pemimpin malah FELDA adalah harta bagi peneroka diselruh negara.

Rakyat yakin, peneroka yakin dan anak-anak peneroka juga yakin bahawa, dengan keberanian ISA di tengah gelanggang akan membantu mereka disaat genting ini.

Syabas dari BAPAK kepada ISA, laksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin, ketepikan segala masalah ANAK yang tidak faham perjuangan Felda sejak ditubuhkan. Yakin ISA, bahawa sejuta peneroka berana dibelakang ISA, ayuh..... kami bersama - sama ISA bekerja seiring bagi memastikan suara ANAK tenggelam dibawa arus ke laut lepas. Biarlah ANAK menaggis hari ini, kerana tanggisannya adalah seketika.

Monday, December 27, 2010

LAKSANA SETELAH PR BERKUASA?


Apa yang nak dilaksana?........


Resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lalu hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Kenapa tunggu 100 hari?......


Rakyat dah bagi peluang 18 tahun dulu kepada Kerajaan PAS Kelantan buat pembaharuan, tapi masih dalam kegelapan. Sehingga Negeri Kelantan hidup dalam kemiskinan, rakyat ramai yang merempat, gegala sosial bertambah dan pemimpin PAS semakin berkuasa dengan mengumpul kekayaan.


Kenapa sebut 100 Hari?......


Negeri Selangor dah di Perintah oleh PKR, apa yang mereka buat, Kenapa tak naikkan gaji guru - guru di Selangor terlebih dahulu kalau betul nak sangat undfi dari guru - guru.


Kenapa tak batalkan sahaja konsesi tol yang ada di sekitar Negeri Selangor kalau betul nak tolong rakyat. Kenapa takut dengan kuasa yang ada. Buatlah sesuatu dari sekarang kalau betul takut hilang sokongan.


Jika benar dan betul nak tolong peneroka, tolonglah dulu peneroka - peneroka yang ada di Selangor tu.... berilah segala kemudahan dan segala pertolongan kepada mereka. Jangan tunggu 100 hari selepas perintah Malaysia baru nak laksanakan.


Bukan kah itu semua cakap kosong nak sedapkan rakyat.....


Tak sampai 100 hari pun PKR memerintah Selagor, pusat perjudian, rumah pelacur, pusat urutan telah bertebaran di seluruh negeri. Siapa punya?..... semua itu kepunyaan pemimpin PKR yang berketurunan Cina. Yang paling banyak yang diluluskan lesen ialah lesen perjudian milik Cina DAP di Sekitar Selangor.


Apa yang Rakyat Dapat?......


1. Rakyat dapat melihat lombong - lombong pasir milik pemimpin PKR digali dengan rakus.


2. Rakyat dapat menikmati air bersih secara percuma...


3. Janji PRU ke 13 untuk membantu pelajar cemerlang


4. Tidak dapat bantuan lagi dari Yayasan Selangor.


5. Cukai Negeri yang semakin menyusut kerana kecelaruan politik negeri


6. Elaun Exco dan gaji Wakil Rakyat ditambah dari masa kesemasa


7. Salah guna peruntukkan untuk dibelanjaan kepada rakyat.


Kita cabar sekarang PR naikkan gaji kakitangan di Negeri Selangor dan Kelantan serta Kedah. Buah sesuatu kepada rakyat agar rakyat beri sokongan,. Kalau mampu jangan tunggu 100 hari,.... 2 - 3 hari ini umumlah untuk meraih sokongan.




KENAPA BARU SEKARANG PERTIKAI 1 MALAYSIA?



Betulah kata pepatah melayu, "Rumah siap pahat berbunyi".......

Pada awal pelancaran Konsep 1MALAYSIA semua orang memperlekehkan PM, ada yang mengatakan itu hanya slogan, ada pula yang menpersendekan, aya yang kata meniru Konsep MALAYSIAN MALAYSIA dan seribu kali macam tanggapan rakyat mahupun pembangkang bahawa konsep ini hanyalah angan - angan mat jenin kerajaan kepada rakyat.

Hari ini puak - puak yang memang hendak menghancurkan kerajaan dan menjatuhkan Datuk Seri Najib menuduh 1MALAYSIA itu hanya untuk kepentingan politik Umno walaupun umum mengetahui bahawa konsep itu amat berkesan kepada rakyat. Melalui 1MALAYSIA jugalah rakyat telah kembali kepada perpaduan yang selama ini dilihat bercelaru kerana provokasi berterusan oleh pembangkang terutama Anwar Ibrahim yang sememangnya ingin melihat rakyat membenci kerajaan dan menumbangkan kerajaan yang sedia ada.

Semalam Najib mendakwa 1 Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi menjawab keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia kecuali untuk tujuan perniagaan.

Ternyata melalui slogan ini 84% rakyat malaysia telah memahami aspirasi dan perjuangan Kerajaan kepada rakyat. Rakyat dilihat amat selesa dengan tindakan kerajaan. "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMA" bukanlah omong kosong pemimpin. Satu demi satu perancangan dan dasar dilaksanakan untuk rakyat.

Ada sahaja pembaharuan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib, setiap sentuhannya mendapat reaksi awam. Sentuhannya disambut dengan gembira oleh rakyat. Boleh dikatakan apa yang dilakukan oleh YAB.PM untuk kesejahteraan rakyat bukan sahaja di bandar besar malan rakyat diluar bandar turut merasakan kenikmatan dibawah kepimpinannya.

Pembangkang terasa amat tergugat dengan slogan ini. Segala usaha mereka selama ini untuk memecahbelahkan kaum dan masyarakat telah tidak berhasil. Mereka telah nampak pengaruh dan kuasa mereka semakin susut kerana slogan 1MALAYSIA.

Mereka bimbang penguasaan mereka di beberapa buah negeri menjelang PRU ke 13 nanti akan hilang sokongan kerana pengaruh 1MALAYSIA. Mereka juga amat takut rakyat terutama di negeri Selangor akan terpengaruh dengan slogan ini kerana rakyat Selangor melihat slogan ini benar - benar boleh membantu mereka kembali kepada penghidupan sebelum ini.

Lagi pun PAS dan PKR menerima tekanan dari DAP supaya memainkan isu ini. DAP tidak mahu melihat melayu bersatu kembali. DAP tidak mahu melihat Kaum Cina dan India bergabung dengan Kaum Melayu untuk mengekalkan kuasa BN yang ada......

Ternyatalah ....... PENGHARAMAN LOGA DAN SLOGAN IMALAYSIA DI NEGERI SELANGOR BENAR - BENAR BERMOTOFKAN POLITIK. MEREKA HANYA PANDAI MENUDING JARI KEPADA BN/UMNO SEDANGKAN MEREKALAH YANG MEMPOLITIKKAN SEMUA INI SEHINGGA MENJAHANAMKAN NEGARA.

Friday, December 24, 2010

GERAKAN PENGHAPUSAN PENGARUH INDIA DALAM PKR


TERANCAM DAN MERBAHAYA?........


Dalam diam Anwar menyusun strategi menghapus pengaruh kaum India yang dilihat semain mengancam kestabilan PKR. Dalam beberapa siri protes pemilihan babaru - baru ini, anwar melihat Kaum India banyak menimbulkan masalah, bukan mereka sekadar tidak berpuas hati dengan parti PKR malah mereka sanggup menggunakan media terutama TV3 untuk meluahkan kepincangan yang berlaku, sedangkan masalah itu bersifat dalaman yang boleh diselesaikan oleh parti.


Anwar melihat Kaum India memberi ancaman besar kepada PKR, Gangster yang dididik oleh Anwar untuk Reformasi telah memakan diri Anwar. Nampaknya Gangster ini cuba digunakan didalam PKR untuk mengugut dan membuat kacau terhadap pemimpin PKR.


Kaum India dalam PKR memang amat tidak berpuas hati dengan Anwar kerana Penasihat Parti itu berat sebelah dan mengutamakan pemimpin Melayu untuk menerajui parti. Tiada seorang pun pemimpin PKR dari kalangan India yang ditunjuk oleh Anwar untuk diletakkan sebagai pemimpin utama PKR.


Anwar sedar Kaum India dalam PKR telah menyusun gerakan untuk meletakkan beberapa orang pemimpin India dalam semua peringkat termasuk beberapa jawatan utama untuk mengimbangi kepimpinan Melayu dan Cina.


Mereka juga telah menyediakan senarai calon - calon untuk mewakili kaum India dalam Pilihanraya Umum akan datang. Mereka akan mengugut Anwar supaya menerima senarai cadangan ini sekiranya Anwar mahukan sokonngan Kaum India.


Mereka juga menggunakan Isu peribadi yang dibekalkan oleh Karpal Singh untuk menggugut Anwar. Kaum India mendakwa bahawa Karpal Singh lah yang banyak menyimpan rahsia sulit dan cerita -cerita disebalik kes liwat.


Dalam diam juga Karpal Singh sedikit sebanyak telah mengunakan rahsia Anwar ini supaya mendokong perjuangan DAP, Sebab itu kita melihat Anwar hilang punca dalam keadaan begini, terpaksa menerima segala cadangan usul dan kenyataan yang dibuat oleh DAP walaupun isu itu boleh menyentuh sensitivit perkauman.


Hasil dari tindakan Kaum India yang terlalu provokasi dan bersikap liar serta ganas dalam parti, Anwar bersama kepimpinan Tinggi PKR secara sulit telah mengatur perancangan untuk mengecilkan saidan peranan Kaum India Dalam PKR. beberapa langkah berjaga - jaga telah dibuat termasuk menyemak semula keahlian PKR dan jawatan - jawatan tertentu dalam parti secara halus.


Anwar juga bimbang sekiranya kaum India mendominasikan PKR, Anwar tidak mahu parti ini dicemar dengan gelagat kotor yang memalukan PKR. Anwar juga sedar bahawa parti berbilang bangsa ini menimbulkan masalah. Susah untuk dipimpin dan sukar untuk menyedarkan ahli parti supaya bersifat berhemah dalam berpolitik.


Apa pun pengaruh dan kuasa Kaum India perlu dihadkan tanpa diketahui oleh mereka. Sebelum PKR menjadi parah dan menjadi barah oleh Kaum India ini, tindakan awal perlu diambil untuk memulihkan semula wajah parti yang telah tercemar oleh perbuatan kaum ini.


Wednesday, December 22, 2010

KAUM INDIA DIUGUT MENYERTAI KOMPENAN BN


Kaum India terutama di Negeri Selangor, Perak dan Kedah telah diugut oleh Gangster PKR sekiranya menyertai mana - mana Parti Kompenan BN termasuk MIC, Makkal Shakti, Gerakan atau PPP.

Ramai dikalangan Kaum India ini telah menyatakan akan keluar parti kerana amat tidak berpuashati bukan kerana isu pemilihan yang diadakan baru - baru ini tetapi melihat PKR telah hilang arah perjuangan yang sebenar. Ramai dikalangan pemimpin PKR yang diangkat selama ini untuk memperjuangkan nasib kaum India rupanya memperjuangkan diri mereka sendiri.

Mereka mendakwa Kaum India cuba memonopoli parti PKR, ada suara sumbang menyatakan kaum India amat berbahaya sekiranya diberi tempat didalam PKR. Ini kerana jumlah ahli kaum India didalam PKR terlalu ramai. Bukan Anwar sahaja yang membawa percaturan ini malah dikatakan semua pemimpin PKR telah menghidu gerakan Kaum India didalam PKR.

Kaum India juga bercita - cita untuk menjadi pemimpin, mereka cuba meletakkan beberapa orang pemimpin untuk mewakili mereka dalam PKR. Dari strategi yang diatur oleh kaum india di belakang parti, Anwar dilihat lebih bijak mencatur pemilihan yang telah diadakan.

Secara tidak lansung, JPPP telah mengeluarkan dari senarai nama - nama pemilih yang terdiri dari kaum india dan dilabelkan sebagai tidak layak pengundi, sedang mereka adalah Ahli PKR yang diberi peluang untuk memelih pemimpin.

Slogan " 1 AHLI 1 UNDI " yang dilaungkan oleh Anwar hanyalah ritorik dan dilihat seolah - olah wujud konprirasi politik didalam PKR. Inilah yang membuatkan kaum India marah dan merajuk sehingga akan meninggallakn parti dan akan menyertai Kompenan BN.

Sehingga kini usaha untuk melompat parti masih terhalang, Anwar telah mengarahkan supaya mana - mana ahli parti yang belot diberi ugutan keras. Anwar telah menggunakan beberapa kumpulan untuk memerhati pergerakan Ahli - Ahli yang cuba melompat parti.

Di Selangor sahaja boleh dikatakan setiap Cabang telah wujuh beberapa kumpulan Gangster upahan untuk mengugut ahli yang melompat parti, tidak kurang 125 kumpulan di Selangor, 90 di Perak dan 50 di Kedah. Difahamkan dilain - lain negeri juga mempunyai kumpulan pemantau untuk melaporkan kegiatan ahli yang tidak berpuashati.

Wednesday, December 15, 2010

TIADA "NEGARA ISLAM" DALAM KONVENSYEN PR


Persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?

Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah “TIDAK”.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

Karpal yang genap 70 tahun memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam.
PAS yang kelihatan sudah berjaya menawan hati masyarakat bukan Islam sejak kebelakangan ini mendakwa DAP juga mula memahami dan menerima idea PAS untuk mewujudkan sebuah negara Islam.

Lain pula reaksi Karpal yang kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu.

Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.
Apa yang membezakan kerjasama kedua parti ini ialah bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional.

“Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,”
Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?
Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.

Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.

Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam.

Tetapi kini terbukti sudah, yang PAS mula berkompromi dalam prinsip Negara Islamnya demi bersama-sama DAP.

Terfikir juga dakwaan PAS dalam ceramah-ceramahnya kononnya DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan. Namun sebaliknya yang berlaku.....

Monday, December 13, 2010

SEMUA ITU BENAR

"Semua itu benar."
Demikian tegas bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.
Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda sememangnya tidak boleh disangkal kerana segala fakta yang diberikan bukannya suatu pembohongan atau konspirasi.
"Bagi saya, apa yang Ummi Hafilda katakan itu betul. Tidak boleh dinafikan lagi. Dia tahu segalanya termasuk abangnya, Azmin Ali yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Justeru, saya cabar 3A iaitu Anwar, Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin supaya menjawab kenyataan itu. Jangan jadi pengecut. Rakyat perlu tahu. Jangan berlakon lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas temu bual eksklusif Mingguan Malaysia berhubung rayuan Ummi Hafilda terhadap Azmin termasuk Anwar dan Wan Azizah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Laporan itu antara lain mengimbas kembali apa yang dilaluinya sepanjang 1997 dan 1998. Antaranya, tindakan beliau menulis surat mengenai salah laku Anwar kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kemunculan semula Ummi Hafilda adalah atas rasa terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu. Mengulas lanjut, Nallakarupan berkata, Azmin seharusnya malu dengan apa yang diluahkan oleh Ummi Hafilda dan mengakui kebenaran kenyataan adik bongsunya itu.

"Tetapi, baik Azmin dan juga Anwar serta Wan Azizah, mereka ini takut berkata benar kerana tahu bahawa mereka tidak betul.

"Wan Azizah juga tahu siapa Anwar dan Azmin. Apa yang mereka perlihatkan kepada awam ketika ini hanyalah suatu lakonan,'' tegasnya.

Ditanya mengenai mengapa segala kenyataan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka bertiga tiada diberikan respons, beliau berkata : "Mereka tahu kita cakap benar. Bukan kita bohong. Sebab itu mereka tidak boleh jawab.''

Beliau seterusnya menyelar tindakan Anwar yang selalu ke luar negara dan memburuk-burukkan nama Malaysia.

"Anwar hanya tahu rosakkan negara. Apa yang dikatakan di luar negara hanyalah satu penipuan,'' tambahnya.

ANCAMAN MENANTI UMMI HAFILDA - Berikutan pendedahan baru

Berikut adalah luahan isi hati Ummi Hafilda setelah sekian lama menyepi dan mendiamkan diri setelah pendedahan berhubung skandal Anwar Ibrahim lebih 15 tahun dahulu. Hari ini Ummi Hafilda sekali lagi tampil untuk menyelamatkan Abangnya, Azmin Ali yang telah tersasar jauh dari matlamat hidup. Sanggup membuang keluarga demi menjaga kepentingan diri dalam politik. Segala nasihat Ibu dan ayah termasuk keluarga yang terdekat tidak diendahkan.

Hari ini Azmin telah sampai ke kemuncak, Azmin masih terus leka dengan ulikan Anwar Ibrahim. Anwar terlalu sayangkan Azmin sehingga Azmin tidak boleh berlaku apa - apa. Berikut adalah luahkan hati seorang adik demi menyelamat Abang kandung sendiri.

" Selepas hukuman dijatuhkan pada si munafik, nasib yang malang terus menimpa, persepsi masyarakat menjadi terlalu negatif kepada saya akibat propaganda cerita karut dan fitnah jahat oleh si munafik dan orang orang kanannya bagi menggugat kredibiliti saya sebagai saksi utama kepada kerajaan.

Di antara fitnah yang begitu menghiris hati saya apabila keluar cerita di internet kononnya saya telah diupah oleh Dr M dan Tun Daim sebanyak 7 juta untuk membuat fitnah sedangkan saya tidak menerima walaupun sesen dibelah 7 dari mereka. Saya melakukannya di atas perjuangan dan jihad demi negara dan ummah.

Masyarakat mencemuh saya dan rakan perniagaan melarikan diri 100 batu dari saya. Begitulah nilai perjuangan yang begitu hebat yang harus saya bayar demi kasihnya saya kepada agama , bangsa dan Negara saya.Kereta saya yang baru dibeli ketika itu telah dibakar dan di mana mana saya tinggal saya telah diburu oleh gangster-gengster upahan dan menyebabkan saya terpaksa berpindah 7 kali dalam setahun. Hidup seperti orang nomad ketika itu , sentiasa berpindah randah.

Pernah satu ketika mereka menghantar kepala kucing yang dipotong dan masih berdarah di depan pintu rumah saya dengan perkataan 'Kau akan mampus dalam masa 3 hari' Begitulah hebatnya ancaman bunuh buat saya ketika itu.

Beberapa kali peluru hidup telah dihantar ke pejabat saya di dalam sampul surat dengan ancaman bunuh."

Wednesday, December 8, 2010



‎"Barang dijauhkan Ilahi daripada berlaku...jangan melakukan perbuatan mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit,yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran lalu berdagang di tanah sendiri, laksana ayam kelaparan di kepuk dan itik kehausan di air," . AKIBATNYA....bangsa di kemudian hari menghadap...i sesalan kerana ketika itu telah terpinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan.See More

KLIK - JIKA KAU RASA GETARNYA/em>>